Pengikut

Ahad, 30 September 2012

Kenapa Pak Janggut tak bising?



Pak Janggut Putih Samad Said kemain lagi marahkan kerajaan kerana isu PPSMI dulu. Siap buat demo dan turun berarak hantar memo ke YDP Agong. Kemudian isytihar sokong pembangkang dan mula naik pentas ceramah politik hasut orang jatuhkan kerajaan.

Tapi bila PR bentang bajet mimpi mereka dalam bahasa Inggeris, pak janggut ni diammmm je. Bajet mimpi tu muka depan je guna BM. Tapi huraian dalamnya semua dalam BI.

Baca lanjut sini

Mana suara keramatnya yang katanya anti BI dan sokong BM tu? Kenapa tak berkokok sama? Apa pak janggut buat? Dah lupa ke kerana asyik sangat duk ceramah kutuk kerajaan.


Kenapa tak berdemo sama depan pejabat Teresa Cock DAPig bila dia protes guna tulisan jawi dulu?

Ke pak janggut putih kita ni dah nyanyuk?


GEMPAR!!! Wan Azizah lelong Anwar!

Anwar dalam banyak kempen beliau ke se-antero dunia pasti akan menyelitkan kisah cinta yang dikatakan agong beliau dengan bininya Wan Azizah. Daripada lagu, surat dan segala bagai, pasti akan dicerita kepada umum kononnya dia adalah suami sejati, walaupun kadang-kadang turut sama mengongkek china doll dan gosok bontot saiful.

Tapi sabtu lepas bertempat di Stadium Melawati, di ulangi, Stadium Melawati, Wan Ajijah telah lelong surat-surat cinta Anwar yang dikatakan agong itu.

Baca sini.

Hahaha meroyan giler nuar lepas ni.




Janji tinggal janji PAS

Jumaat, 21 September 2012

Undang-undang pun tak faham ada hati nak laksana hudud?

PAS memang merapu meraban tahap kritikal dah sekarang berhubung isu hudud. Setelah 22 tahun memerintah Kelantan dan gunakan hudud sebagai modal politik untuk terus tipu rakyat dan dapat berkuasa, sehingga hari ini sampai sudah ia belum dapat-dapat dilaksanakan. 

Mula-mula jadikan kerajaan persekutuan sebagai kambing hitam sebagai alasan penghalang utama tak dapat nak laksanakan hukum hudud di Kelantan. Tapi bila dibantu beri penerangan oleh si kafir harbi Karpal, terus terduduk juak-juak PAS. Baca sini.

Begitulah PAS ni, kena gertak oleh si kafir harbi pun dah terduduk, macam mana nak laksana hudud ni?

Sekarang bekas ahli PAS sendiri pun dah pertikai tentang hudud PAS ni. Lihat sini.

PAS nampaknya dah betul-betul terdesak sekarang. PRU13 dah makin hampir, modal politik yang diguna bertahun-tahun dah makin terbongkar.


Rabu, 19 September 2012

SUARAM agenda kuasa asing untuk menjarah


Jika tidak kerana kesungguhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu memalukan kerajaan dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, mungkin ramai yang masih menganggap Suaram sebenarnya berjuang atas kapasiti hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, keghairahan luar biasa Suaram membawa isu tersebut sehingga ke mahkamah di Perancis dan kesanggupan mengadakan sidang akhbar berkenaannya di luar negara dengan kehadiran media asing mengundang pertanyaan banyak pihak mengenai matlamat sebenar pertubuhan ini.

Apa perlunya Suaram dengan kapasiti sebagai sebuah pertubuhan hak asasi manusia campur tangan sejauh itu dalam isu pembelian kapal selam Scorpene? Suaram mungkin berasakan bertanggungjawab mendedahkan apa yang dianggap mereka transaksi meragukan dalam pembelian kapal selam tersebut. Namun apa yang menghairankan tidak ada mana-mana pihak termasuk di Perancis sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Dalam hal ini, Suaram sebenarnya sudah mendahului proses mahkamah di Perancis jika proses itu benar-benar berlaku dan menyebarkan pelbagai fakta yang hanya mereka dapat mengesahkannya. Ketika Suaram ghairah mencanangkan kepada dunia betapa tidak telusnya kerajaan Malaysia, pertubuhan itu sendiri rupa-rupanya wujud dan beroperasi secara penuh misteri.

Suaram meskipun mengaku dan bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan. Berdasarkan laman web Suaram, aktiviti-aktiviti mereka dikelaskan sebagai berkaitan 'perlindungan dan kesedaran mengenai hak asasi manusia di Malaysia tanpa mengambil kira kerajaan hari ini'.

Pengkelasan itu sendiri menimbulkan tanda tanya kerana tindak-tanduk Suaram selama ini tidak menunjukkan mereka bergerak sejajar dengan aspirasi 'kerajaan hari ini' melainkan Suaram sudah mengiktiraf pembangkang sebagai kerajaan hari ini.

Namun melihat kepada individu di sebalik Suaram, kecenderungan mereka sebagai lidah rasmi atau sayap politik kepada parti pembangkang bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebahagian besar penggeraknya seperti adalah pemimpin Rakyat (PKR).

Dengan dibarisi sebahagian besarnya pemimpin pembangkang dan mereka yang secara terang-terangan berkiblatkan kepada pembangkang, Suaram sepatutnya berasa malu untuk mengakui mereka tidak memihak pada mana-mana parti.

Sepatutnya jika Suaram beranggapan berada di landasan betul dalam perjuangan mereka, pertubuhan itu tidak perlu bersembunyi di sebalik nama hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Isytiharkan sahaja siapa mereka sebenarnya serta orientasi serta kecenderungan sokongan mereka terhadap pembangkang.

Dengan cara itu, adalah lebih mudah untuk masyarakat menilai apakah matlamat sebenar penubuhan Suaram serta syarikat yang dikaitkan dengannya seperti Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif). Pada masa sama, kita juga tidak mahu masyarakat dunia tertipu dengan perjuangan Suaram kononnya menegakkan hak asasi manusia di negara ini sehingga sanggup berjuang di pentas antarabangsa.

Tanpa boleh dinafikan, masyarakat antarabangsa melihat Suaram sebagai pertubuhan yang cukup agresif dan paling hadapan dalam perjuangan mereka. Sedangkan hakikatnya, Suaram mempunyai agenda lain daripada setiap pergerakan mereka iaitu untuk memburuk-burukkan kerajaan serta membuka kepada campur tangan asing dalam urusan dalaman negara. Dalam hal ini, Suaram menerusi Suara Inisiatif dilihat membuka pintu yang luas kepada campur tangan asing menerusi penyaluran dana dalam jumlah yang besar.

Kesanggupan Suara Inisiatif menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) misalnya adalah tindakan yang meragukan. Dari sudut objektif penubuhan Suara Inisiatif iaitu sebagai sebuah entiti perniagaan, mereka tidak sewajarnya menerima dana untuk menggerakkan operasi kerana sumber pendapatan utama sepatutnya datang daripada aktiviti perniagaan.

Ia hanya boleh berlaku melainkan Suara Inisiatif dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi seperti medium penyaluran dan penerimaan sumbangan serta perbelanjaan kepada pihak berkaitan. Pihak berkaitan itu pula boleh berkemungkinan Suaram yang turut mempunyai kaitan dengan Suara Inisiatif.

Adalah wajar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) segera menyiasat aktiviti-aktiviti meragukan seperti ini. Paling tidak, Suara Inisiatif dan Suaram perlu mengisytiharkan cukai pendapatan dan penerimaan dana asing, membayar cukai pendapatan serta menyemak semula jika terdapat pengisytiharan pendapatan yang dibimbangi palsu.

Penyumbang utama

Lebih meragukan sebenarnya adalah keterlibatan OSI dan NED sebagai penyumbang utama dana kepada Suara Inisiatif. Dua pertubuhan itu serta Konrad Adenauer Foundation (Konrad) adalah antara pertubuhan asing yang dikesan menyalurkan dana kepada NGO di Mesir untuk menggerakkan kebangkitan Arab Spring. Penyangak mata wang, George Soros adalah antara tokoh Yahudi yang berada di belakang pertubuhan-pertubuhan asing itu.

Arab Spring adalah contoh terbaik kejatuhan sebuah kerajaan dan kehancuran sebuah negara hasil campur tangan jahat kuasa asing yang berselindung di sebalik demokrasi dan hak asasi manusia. Revolusi yang dihalalkan dengan nama kebangkitan rakyat itu ditaja untuk memastikan pemerintahan Islam gugur dan digantikan dengan pemimpin boneka yang boleh dicucuk hidung mereka.

Sehingga hari ini iaitu selepas lebih setahun berlakunya Arab Spring, perubahan lebih baik yang diharapkan rakyat Mesir dan Libya masih tidak berlaku sebaliknya kegawatan ekonomi semakin memburuk di negara tersebut. Kaitan OSI, NED, Konrad dan Soros sebenarnya sudah cukup untuk menyedarkan kita dana asing itu tidak disalurkan dengan niat baik melainkan mengharapkan kehancuran di negara-negara yang dicampuri mereka.

Perkara itu pernah dilakukan Soros ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada 1997 dan 1998 yang hampir menyaksikan Malaysia terpaksa tunduk kepada bantuan kewangan dunia. Soros serta pertubuhan-pertubuhan di belakangnya bukanlah pihak yang boleh dipercayai apatah lagi untuk diharapkan dana waima untuk menggerakkan aktiviti bersifat kemanusiaan atau kerohanian sekali pun.

Sangat menakutkan tangan-tangan ghaib itu ketika ini sudah bertapak di Malaysia dan berselindung di sebalik pelbagai NGO terutamanya berkaitan perjuangan hak asasi manusia. Tidak hairan, budaya demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram seperti yang berjaya digerakkan di Dataran Tahrir turut berlaku di Dataran Merdeka. Sehingga kini, demonstrasi jalanan itu tidaklah sehingga mampu menumbangkan kerajaan sedia ada walaupun sudah beberapa kali digerakkan.

Namun ia tidak bererti apa yang berlaku di Mesir tidak boleh berulang di negara ini dan salah satu pendorongnya adalah penyaluran dana asing bagi menggerakkan NGO menghasut rakyat merusuh di jalanan. Sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan, amalan pemerintahan sebegini tidak disenangi Barat kerana kononnya tidak sepenuhnya demokrasi.

Inilah yang menjadi titik serangan Barat terhadap kerajaan sedia ada hari ini untuk ditumbangkan supaya sistem pemerintahan yang diamalkan negara sejak sekian lama dapat digantikan dengan kerajaan boneka ciptaan mereka. Cita-cita kuasa asing itu menjadi lebih mudah menerusi bantuan NGO serta pihak-pihak dalam negara yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa sekali pun sehingga ke tahap menggadaikan negara.

Jika perkara ini dapat diperhalusi sedalamnya agenda kuasa asing itu terutamanya menerusi demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram sudah tentu tidak akan berjaya malah ditentang seluruh rakyat negara ini yang benar-benar cintakan negara.

*Artikel ini ditulis oleh Mohd Khuzairi Ismail

Isnin, 17 September 2012

16 September 2012 : Ulang Tahun Ke-4 Penipuan Anwar


Pada setiap tahun sejak 1963, September 16 merupakan hari untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia.
Sepanjang lima dekad ini, negara Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah melalui liku perjalanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan daripada kuasa asing.
Sebelum ini Malaysia diancam oleh kuasa asing seperti British, Jepun, Belanda, Singapura, Indonesia, Filipina dan sebagainya tetapi kini bumi yang bertuah ini pula menerima ancaman daripada anasir dalaman (Pakatan Rakyat) untuk meruntuhkan tamadun Malaysia yang sudah lama dibina oleh Barisan Nasional.
Politik jijik dan kotor semakin meningkat hanya disebabkan cita–cita dan impian seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita.
Adakah keseluruhan kemajuan, kestabilan dan kedaulatan negara kita hendak kita robohkan hanya demi membantu memenuhi hawa nafsu seseorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?
Dahulu bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan pelbagai rakyat etnik Malaysia hidup dengan aman dan bersatu. Namun, perpaduan dan keamanan yang sudah lama kita nikmati bersama sudah berada pada tahap keretakan sejak penubuhan Pakatan Rakyat yang sanggup bersikap Machiavelli dengan melakukan apa–apa sahaja demi menawan Putrajaya.
Mereka terus memainkan sentimen perkauman bagi membakar api kemarahan dan kebencian rakyat terhadap sesebuah kerajaan yang sudah lama berbakti dan berjasa kepada negara.
Mereka terus menyemarakkan api kemarahan dan kebencian rakyat dengan menumpah minyak penipuan dan pembohongan. Mereka sanggup menaburkan janji–janji yang tidak realistik demi memberi harapan palsu kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk menjanjikan bumi dan langit.
Mereka sanggup merisikokan keselamatan rakyat dan nyawa ribuan rakyat Malaysia dan memperdaya mereka untuk bangkit bertindak ganas dan berdemonstrasi di jalanan.
Negara Malaysia, sekiranya rakyatnya tidak membuka mata dan telinga dan terperangkap dalam agenda jahat Pakatan Rakyat, sudah semakin hampir dengan ambang zaman kegelapan.
Runtuhnya tiang Barisan Nasional yang selama ini menunjangi kestabilan, keamanan dan perpaduan negara Malaysia maka runtuhnya sinar dan cahaya negara Malaysia yang tercinta.
Mereka terus menjampi dan memukau rakyat dengan segala seribu harapan yang realitinya indah khabar dari rupa.
Laungan reformasi mereka hanya akan membasikan negara kia. Laungan Bersih mereka hanya akan membersihkan segala nikmat yang telah lama kita kecapi.
Laungan perubahan mereka hanya akan mengubah negara kita kepada keruntuhan dan kemusnahan serta kehancuran yang sukar untuk kita bayangi.
Hari demi hari mereka terus menambah bisa mereka yang lebih berbisa daripada bisa seekor ular demi meracuni pemikiran rakyat negara kita yang kurang peka terhadap niat tersirat mereka.
Apa yang tersurat hanyalah lakonan dan drama semata–mata. Mereka sebenarnya merupakan barah yang sukar untuk dikesan dan hanya akan mula menyerang pada tahap yang kritikal dan pada ketika itu sudah lambat untuk kembali kepada lambang kestabilan dan keamanan yang menjadi kemegahan dan tradisi negara kita selama ini.
Mereka sanggup melacurkan jiwa dan prinsip mereka dengan terus membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat demi mencapai agenda jahat mereka.
Hari ini juga merupakan ulang tahun pembohongan terbesar dalam sejarah tanah air kita apabila tarikh ini merupakan ulang tahun keempat pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan berlakunya kejatuhan negara melalui hasrat beliau untuk menumbangkan Barisan Nasional pada tahun 2008.
* Artikel ini ditulis oleh Shen Yee Aun, yang merupakan Presiden NGO Kami Sayangi Selangor dan Malaysia Youth Rights Movement.

Ahad, 9 September 2012

SUARAM sah terima dana Yahudi untuk jatuhkan kerajaan


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros dipercayai penyumbang dana terbesar Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Dana berkenaan disalurkan kepada SUARAM bagi membiayai operasinya melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang kini dikenal pasti melakukan lima kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mempunyai bukti berdasarkan dokumen serta perjanjian kedua-dua pihak.
Dana terbesar SUARAM
“Kita masih di peringkat awal siasatan. Namun kita dapati, NGO terbabit salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar SUARAM.
“Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan emel (antara kedua-dua pihak),” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rasah, di Politeknik Nilai di sini semalam.
Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu Open Society Institute, di New York; National Endowment for Democracy, di Washington, Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.
Pemeriksaan di laman web menunjukkan Open Society Institute New York adalah salah satu pejabat Yayasan Open Society yang diasaskan Soros untuk mentadbir program NGO berkenaan termasuk Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.
Sokong usaha masyarakat sivil
Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara digambarkan secara ringkas dalam laman web itu untuk menyokong usaha masyarakat sivil memperjuangkan kebebasan bersuara, memastikan akauntabiliti dan keadilan kerajaan, selain memberi kuasa kepada kumpulan terpinggir menggunakan hak mereka.
Seorang penulis bebas Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal, Kanada, dalam blognya, nilebowie.blogspot.com, pada 29 April lalu, menulis Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga, mengaku menerima dana daripada Open Society Institute.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menggesa Bank Negara menyiasat perkara itu mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA) serta mengambil tindakan kerana kemasukan wang yang meragukan.
“SSM boleh menyiasat tapi tidak boleh mengambil sebarang tindakan. Kita minta Bank Negara campur tangan,” katanya.
Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan status SUARAM yang dipercayai pertubuhan haram kerana dimaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar

Rentetan carian Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendapati SUARAM bukan NGO sah tetapi berdaftar atas nama syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd berikut didedahkan sumber-sumber dana yang disalurkan oleh sebuah badan dana Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) kepada SUARAM di Malaysia sejak dari tahun 2005.
Bukti-bukti yang dipaparkan di bawah ini adalah berdasarkan sumber dari laman NED sendiri yang memaparkan penerima-penerima sumbangan dari badan mereka khusus untuk negara Malaysia.
NED ’2005 annual-reports grants/malaysia’ melaporkan selain SUARAM yang menerima grant sebanyak $70,000, terdapat 5 badan lain yang turut beroperasi di Malaysia.

Badan-badan itu adalah IRI (International Republican Institute), $200,000; NDI (National Democratic Institute for International Affairs) $315,832; SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) $80,000*; CIJ (Centre for Independent Journalism) $30,000* dan ODC (Open Dialogue Centre) $65,151*.
IRI dan NDI adalah 2 cabang NED yang beroperasi di seluruh dunia, tetapi dalam konteks ini kedua-dua badan itu mengkhususkan operasi di Malaysia, SEAPA untuk naungan media di peringkat Asia Tenggara termasuk di Malaysia, manakala SUARAM, CIJ dan ODC adalah badan-badan yang ditubuhkan khusus untuk operasi di Malaysia.
Satu fakta yang penting perlu diketengahkan adalah ODC merupakan sebuah badan pemikir yang disebut-sebut milik Azmin Ali bagi menyaingi Khalid Jaafar yang memegang badan pemikir IKD (Institut Kajian Dasar).
Badan pemikir IKD adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menetap di AS dengan jawatan rasmi sebagai pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins AS.
Jawatan pensyarah di universiti itu diketahui umum dilobi kepada Anwar oleh rakan baiknya, Paul Wolfowitz.
Namun seorang penyelidik Barat yang berpangkalan di Thailand, Tonny Cartalucci mendedahkan jawatan ‘tidak rasmi’ Anwar ketika berada di AS iaitu sebagai, “ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED“.
Pendedahan wartawan Barat itu dibuat dalam rencananya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” dan “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets“.
Bermakna besar kemungkinan, siapa yang perlu menerima dana NED di Malaysia ditentukan oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan tokoh rujukan NED di AS.
Dalam masa sama wartawan Barat itu menggambarkan jawatan pensyarah pelawat yang disandang Anwar di Universiti John Hopkins ‘latihan pengkaderan’ kerana menurutnya, “John Hopkins University adalah sebuah lubuk di mana anasir dan puppet@petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh”.

NED ‘2006 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $70,000*, selain itu SEAPA $100,000*, ODC $70,000* dan CIJ $30,000*
Manakala NDI $125,000 dan IRI mendapat grant dua kali iaitu $140,000 dan $198,050. Semua grant IRI dan NDI seperti yang tercatat dalam laporan tahun 2006 itu hanya khusus untuk operasi di Malaysia sahaja.
Bajet-bajet IRI dan NDI untuk negara-negara lain diberikan mengikut peruntutan tahunan negara masing-masing.
NED ‘2007 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $80,000*, SEAPA $100,000*, CIJ $15,000*, IRI $400,000 dan NDI $175,000.
Ketika ini sudah tidak ada lagi grant untuk ODC dan kemungkinan besar dengan tiada peruntukan bajet tahunan itu operasi ODC ditutup.
CIJ adalah berkaitan dengan pembangunan media di Malaysia.
Ia diusahakan oleh Sonia Randhawa, salah seorang daripada 4 individu yang dipercayai Anwar Ibrahimsebagaimana yang terkandung dalam kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform(INDEFOR)” yang dijumpai di pejabat PKR.
Dalam kertas kerja itu Sonia Randhawa digambarkan sebagai Pengarah Eksekutif CIJ. Dia dari luar negara yang terlibat sebagai jurucakap dan pelatih untuk kebebasan media, kebebasan maklumat dan kebebasan berhimpun di Malaysia.
Dia juga pernah membangunkan Radiq Radio, iaitu satu projek radio internet yang dibangunkan pada tahun 2001 hingga 2004 dan menjadi pensyarah sambilan di Universiti Monash dan New Era College.
NED ‘2008 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet tahunan sebanyak $80,000 *, IRI $400,000, NDI $310,000 dan SEAPA $73,333.
Satu lagi badan khusus untuk pembangunan media di Malaysia yang dinamakan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) turut diberi bajet $100,000*.
Konsep Seacem hampir sama dengan SEAPA. Berkemungkinan besar pembahagian dana SEAPA untuk pembangunan media ke negara-negara Asia Tenggara khususnya di Malaysia menghadapi beberapa masalah teknikal, maka ditubuhkan Seacem.
Perlu disebut juga tentang Malaysiakini yang dilaporkan wiki/Malaysiakini.com yang menyebut pada awal penubuhannya sekitar April 1999 mendapat dana dari SEAPA sebanyak AS$100,000.
“Kemudian SEAPA memberi geran AS$100,000 (kepada Malaysiakini). Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya”, lapornya.
Bermakna boleh diandaikan sebelum ini bajet Malaysiakini berselindung di sebalik SEAPA dari awal penubuhan 1999 hingga 2008.
Selain itu, Singapore ST, 3 Mac 2001 melaporkan Malaysiakini turut mendapat bajet dari yayasan Georfe Soros.
“Bekas editor berita (Malaysiakini) Chong Yen Long mendakwa bahawa Ketua Eksekutif portal itu, Pramesh Chandran semasa mesyuarat syarikat pada 17 Februari 2001, mendedahkan bahawa Malaysiakini menerima sebanyak RM188, 000 ($ 85,000) daripada Media Development Loan Fund (MDLF), yang dipercayai dibiayai oleh pembiaya AS, Soros,” lapornya.
NED ‘2009 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet sebanyak $85,000, IRI $400,000 dan NDI $322,500.
Untuk tahun itu tiada lagi bajet untuk Seacem, SEAPA dan CIJ untuk operasi media di Malaysia dan peranannya diganti dengan bajet khusus untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd (Malaysiakini) yang mendapat bajet $100,000.
Kelulusan bajet untuk Malaysiakini mulai 2009 dan sebelum ini mungkin berselindung di sebalik SEAPA, Seacem, CIJ atau SUARAM menjustifikasikan kenapa Pramesh Chandran, Ketua Eksekutif portal itu merupakan salah seorang tenaga penting SUARAM.
Daripada laporan tahunan NED di atas SUARAM konsisten mendapat bajet tahunan antara $70,000 hingga $85,000 daripada tahun 2005 hingga 2009.

Ketua Pemuda PAS Sabah pendatang asing?


Bagaimana seorang pendatang asing boleh mewakili PAS untuk bercakap tentang hak rakyat negara ini?
Baca lanjut dibawah ni.

Namanya Lahirul Latigu Lando dan adalah Dewan Pemuda PAS Sabah

Katunlah PAS ni ...

Mazlan Alimin nak berjuang untuk penerokaFelda tapi dia sendiri seorang yang gagal dalam hidup. Belajar fail, berkebun pun tidak tapi hanya duduk rumah menunggu hari minggu untuk berceramah dan ajar orang sesuatu yang dia sendiri tidak boleh dijadikan contoh.

Di Sabah pula ada seorang Pemuda PAS bernama Lahirul Latigu Lando yang kononnya memperjuangkan isu RCI dan Pendatang Tanpa Izin PTI tapi status kewarganegaraan dirinya pun masih suspek. Dia dipercayai adalah Pendatang Tanpa Izin dan bapanya sendiri bukan warganegara Malaysia, tetapi warganegara Indonesia.


Memetik blog Jomo Malaya sini, ....

... satu blog TAMBUAKARSABA telah mendedahkan satu maklumat berkenaan dengan Bapa kepada Ketua Dewan pemuda PAS Sabah Sdr Lahirul Latigu yang dikatakan seorang PENDATANG TANPA IZIN...? Bapa beliau bernama LATIGU BIN LANDO Bukanlah WARGA NEGARA MALAYSIA tetapi PEMEGANG PASSPORT INDONESIA yang menetap di MALAYSIA... Apa cerita...? Beliau Bukan ANAK TEMPATAN...?

kalau sebelum ini dikatakan Sdr Lahirul Latigu ini sangat lantang bercakap mengenai PTI dan Isu RCI, sebaik saja pendedahan ini dibuat beliau terus mendiamkan diri seribu BAHASA... Isu yang memakan diri beliau sendiri telah menjadi BEBANAN BESAR kepada PAS di SABAH dan PAKATAN HARAM secara keseluruhannya...

JOMO mahu Sdr LAHIRUL LATIGU menjawab Beberapa persoalan...

1) LAHIRUL LATIGU sebenarnya Berbangsa apa...?
2) Bagaimana Beliau boleh mendapat Kad Pengenalan Warganegara Malaysia...?

kalau sebelum ini PEMUDA PAS SABAH mengkritik hebat Kerajaan dan tidak berpuas hati dengan ANGGOTA SURUHANJAYA RCI Baca sekarang apa pula JAWAPAN mereka mengenai ISU ini...?

Jika Ini adalah PENDEDAHAN PALSU! JOMO Cabar Sdr LAHIRUL LATIGU dan konco-konconya untuk membuat laporan POLIS terhadap Blog tambuakarsaba.blogspot.com

Rabu, 5 September 2012

Selasa, 4 September 2012

Strategi pembangkang tukar bendera kantoi

Budak bodoh yang kemaruk nak cipta sejarah dan mahu diangkat jadi hero, si Najwan Halimi sebelum ini mengaku dia adalah pencipta asal bendera yang mereka kibarkan pada malam 31 Ogos lepas yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya. Manakala pengikut-pengikut sesatnya pula yang turut diperbodohkan menaikkan bendera itu pada malam berkenaan pula mendakwa bahawa itu adalah bendera asal Tanah Melayu sebelum merdeka.

Tapi rupanya si Najwan ni pun sama bodoh bila tembelangnya menipu telah dikantoikan oleh Prof Dato Ramlah Adam.



Sinar Harian muka depan hari ini terpampang Prof Dato Ramlah Adam mengatakan bendera yang dipampang oleh budak-budak bodoh sejarah itu bukan bendera asal Tanah Melayu.



Bendera asal Persekutuan Tanah Melayu yang digunapakai dari tahun 1896 ke 1950 bagi mewakili negara Melayu bersekutu Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Pahang adalah berikut:



Budak-budak bodoh asuhan matpit Hishamuddin rais, Chegu Bard, Harris Ibrahim dan lain-lain ini ingat mereka yang sebenar memperjuangkan kemerdekaan.



Bendera Sang Saka yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Yaacob bukan perjuangkan kemerdekaan tapi mahu perjuang persekutuan dengan Indonesia dan menjadi Melayu Raya atau Indonesia Raya.

Cadangan bergabung tidak dipersetujui oleh majoriti rakyat Persekutuan yang merupakan orang Melayu kerana mahu kekalkan institusi raja dan ciri-ciri Islam.

KMM diharamkan dan ideologi itu yang dibawa PKMM yang dipimpin oleh Mohtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestmam.

Satu ketika sebelum perlembagaan 1948 oleh Raja-Raja Melayu, mereka bergabung dengan subversif komunis PKM dalam Putera-AMCJA untuk cadang Perlembagaan Rakyat dan bendera berikut:




Berbintang2 mcm komunis.

Mokhtaruddin Lasso berfahaman komunis dan bersama dengan puak-puak komunis Indonesia PKI yang telah dihantar ke Malaysia untuk mengembang anasir komunis di sini. Kemudiannya Dr Burhanuddin keluar dan tidak bersetuju dengan fahaman komunis yang dibawa Moktaruddin.

Sang Saka memang digunakan Nusantara dahulu tapi bukan bendera asal Tanah Melayu.


Hishamuddin rais yang fasiq

Harris Ibrahim yang serupa sesat

SAMM menunjukkan kehadhiran Chegu Bard Simpson. Saterawan Samad Said yang kecewa pasal tak masyukkk dan kini menjadi Sasauwan Negara


Pusat orang kecewa-kecewa

Bodoh nak mampus budak2 ini. Main ikut2 dan diperbodohkan mereka di atas ini.

Pergi belajar dan habiskan sekolahlah baru nak perjuangkan apa-apa. Ilmu tak ada main ikut si murtad Ibrahim dan fasiq Hishmuddin.

Nik Aziz pun kutuk PAS & DAP



Nik Aziz menganggap mereka yang memijak gambar sebagai memalukan. Siapa yang pijak gambar pemimpin tu?

Ini mereka semua:




Bermakna Nik Aziz turut menegur orang PAS sebagai memalukan.


Dari mana budaya kurang ajar ini datang?

Ini cikgu dan mahaguru mereka:



Muka lepas kencing tiang macam anjing
Mereka yang biadap dan tidak bersopan bukan layak dianggap sebagai warganegara yang baik. Mereka yang memecah belahkan perpaduan dengan tingkah laku baidap mereka tidak layak dipercayakan negara ini. 


Rukunegara juga teras perpaduan rakyat