Pengikut

Selasa, 20 November 2012

Hadiah Mak Lampir untuk pengundinya...

Baru 4 tahun jadi YB, inilah hadiah khas Mak Lampir untuk rakyat yang mengundinya. Daripada Myvi cabok, beranak kepada 3 buah Volvo, Hilux dan Mercedes. Perrrhhhhhhh....kayo ekau ya....



Mari kita nyanyi lagu jit jit semutttttt......

Ahad, 18 November 2012

Beza PAS dengan Islam sebenar...

Doa Merapu PAS



Sorang jadi tukang doa, sorang lagi jadi tukang amin. Dua beradik seibu sebapa. Perangai sama. Sorang pernah jadi penjual kopi guna agama, sorang lagi pernah jadi cikgu KEMAS. Dua-dua dah merapu meraban tahap dewa.

 

Agama minta kita berdoa untuk yang baik-baik dan kesejahteraan umat, dia merapu gi berdoa minta orang Islam lain yang tak sebulu dengan dia hancur lumat ditelan bumi. Apa punya ajaran ni woit?

Sebab tu PAS payah nak menang dalam mana-mana PRU pun dinegara ini. Salah guna agama untuk kepetingan politik mereka.

Baca tulisan GAP sini.





Isnin, 5 November 2012

Wakil Imam Mahdi join ajaran sesat




Wakil imam mahdi telah ditahan JAIS baru ni atas tuduhan bersekongkol dalam cubaan menghidupkan Al-Arqam tinggalan Abuya aka Ashaari Muhamad.

Beliau ditahan diperkampungan Global Ikhwan Sdn. Bhd di Rawang sewaktu menghadiri pesta 3 hari memperingati ulang tahun ke-75 Ashaari Muhamad yang dikatakan bertemakan Memimpin Walaupun Ghaib.

Tak habis lagi kes tangkap khalwat dengan bini orang, kini join pula ajaran sesat Arqam.

Kenapa Badrolamin boleh terlibat dengan ajaran sesat Al-Arqam pula ni? Kawan-kawan kami memberi hepotesis beriktu:




1) Beliau ingin meniru modul Al-Arqam untuk diajarkan kepada parti PAS, lihat bagaimana Al-Arqam boleh membina empayar perniagaannya hasil sumbangan daripada ahli sehingga perniagaan mereka berkembang di dalam dan luar negara. Sedangkan Kohilal yang ditubuhkan PAS hasil sumbangan ahli seperti hidup segan mati tak mahu dan tidak memberi manfaat kepada seluruh ahlinya.




2) Al-Arqam berjaya mebuktikan bahawa kebajikan jemaahnya terjamin dengan adanya hospital yang memberi khidmat kesihatan percuma, sekolah percuma, rangkaian kedai pakaian dan keperluan asas yang murah dan mereka ini tidak bergantung kepada bantuan kerajaan.


3) Al-Arqam berjaya membina empayar perniagaan mereka dengan jumlah ahli kira-kira seramai 10,000 orang. Sepatutnya parti PAS boleh lakukan dengan lebih hebat lagi kerana jumlah keahlian mereka yang jauh lebih ramai. Setiap kali ceramah pasti akan ada kantung meminta sumbangan diedarkan persoalannya kemana sumbangan ini disalurkan sehingga tidak ada sebuah Masjid pun yang dibina oleh kerajaan PAS di kelantan. Ataupun orang PAS hari ini turut hanyut seperti tuduhan mereka terhadap orang UMNO suatu ketika dahulu pemimpinnya hanyut dengan kemewahan, berkereta mewah, berbini ramai, sudah ada private jet dan macam-macam lagi.


4) Modul yang paling hebat sekali adalah bagaimana Abuya berjaya menanam keyakinan kepada pengikutnya sehingga ke hari ini walaupun Abuya telah tiada tetapi ahlinya merasakan mereka masih lagi dipimpin oleh Abuya secara Ghaib. Modul ini cukup penting kerana usia Tok Guru sudah senja dan bagi memastikan kelansungan Parti PAS Tok Guru perlu memikirkan bagaimana untuk memimpin Parti PAS apabila sudah berpindah ke alam yang satu lagi.



Khamis, 1 November 2012

PKR tunjuk kebodohan Husam



Pernah baca berita ni? Ni kenyataan Husam Musa yang keluar dalam akhbar Suara Keadilan PKR September lepas. 

Kenyataan ini katanya dikeluarkan oleh Husam Musa dalam satu program menipu ahli PAS di Taman Melewar. 

Malangnya kenyataan atau berita ini tak keluar dalam mana-mana akhbar cetak atau web milik PAS.

Bagaimana Husam boleh menipu ahli PAS sendiri? Baca di sini

Kambing pun boleh menilai ahli dan pemimpin PAS.