Pengikut

Ahad, 19 Januari 2014

Rabu, 8 Januari 2014

Rahib pula nak main api



Cerita di atas berlaku di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh Cina Kristian. Papan tanda dah 10 tahun duk di situ, takde sapa pun peduli sebelum ni. Status sekolah tu pun dah berubah. Dah tak terikat sepenuhnya dengan gereja walaupun guna nama sama. Jadi apa kejadahnya si minah rahib ni timbulkan isu ni?

Agak-agak apa respon Ketua Menterinya?

Cerita begini bukan baru. Gambar bawah ni dah lama berlaku.



Baca lagi cerita ni DI SINI.

Orang PAS yang mengaku pejuang Islam semua takde telor kot kena gertak dengan orang-orang rasis macam ni. Tengok, dengar dan diam. 




Isnin, 6 Januari 2014

PEMANDU Sabotaj PM?



Semalam (6 Januari 2014), satu kesilapan besar telah dibuat di tweethandle @etp_roadmap iaitu dengan menulis Dato Seri Najib Razak sebagai "Former Prime Minister" pada jam 1.00 petang. 

Kesilapan yang amat memalukan bagi sebuah agensi (PEMANDU) yang cukup diharapkan untuk membawa harapan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia ke arah transformasi yang lebih baik dalam perlaksanaan dasar dasar kerajaan.

Baca detail laporan oleh blogger Angin Perubahan.

Agaknya geng PEMANDU ni makan gaji buta. Dah la gaji dikalangan mereka tinggi berganda-ganda. Bukan turun padang sangat pun untuk jenguk masalah rakyat sebenar. Kerja yang mereka tahu ialah buat makmal, makmal, makmal.

Ayam berak kapur buat makmal. Tiket bas hilang buat makmal. Duit hilang buat makmal. Kereta kena curi buat makmal.

Selasa, 10 Disember 2013

KP MKN jawab fitnah macai pembangkang


Banjir di Pantai Timur belum menunjukkan tanda reda. Sekalipun air di Kuantan dan beberapa tempat lagi di Pahang sudah mula surut dan mangsa banjir dah mula balik ke rumah masing-masing, situasi di Dungun dan daerah-daerah lain di Terengganu menunjukkan keadaan sebaliknya.

Banjir kali ini dikatakan jauh luarbiasa dari yang selalu dihadapi pada tahun-tahun sebelumnya. Hujan dan jumlah yang selalunya untuk jangkamasa 15 hari turun dalam masa satu hari sahaja. Keadaan ini telah menimbulkan situasi kelam kabut dalam kerja-kerja menyelamat. Lebih kelam-kabut bila pembangkang yang tak pernah henti jadi tukang adu domba dan hasut fitnah kepada kerajaan turut tumpang semangkuk.

Ahli Parlimen Kuantan bawa isu banjir selepas dua hari melanda dengan pelbagai tohmahan dan fitnah di Dewan Rakyat. Kemudian muncul pula macai-macai pembangkang yang kerjanya hanya tahu cari salah orang untuk sebar fitnah dan burukkan keadaan.

Blogger Unspiners ada buat pendedahan besar-besaran tentang perangai jahat pembangkang tentang isu banjir DI SINI.

Pembangkang ni takde kerja dah melainkan cari salah orang. Sebab tu fitnah tersebar merata-rata dan sampai ke tengah masyarakat termasuk usaha-usaha agensi kerajaan dalam kerja-kerja menyelamat mangsa banjir ni. Yang paling teruk kena tentunya MKN.

Malah dalam keadaan tertentu, sesama mereka sendiri pun mereka bantai pembangkang ni sebagaimana yang berlaku di Kemaman.


Selepas beberapa hari melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan membiarkan kerja jahat pembangkang duk menabur fitnah, hari ni Ketua Pengarah MKN jawab satu persatu isu yang ditimbulkan pembangkang dan macai-macai bodohnya.

Baca lanjut DI SINI.