PAS juga telah mengumumkan calonnya malam tadi lepas solat terawih di Kampung Nail, Kuala Besut oleh Presidennya, Hadi Awang. Lihat DI SINI.
Semua orang tahu bahawa PRK kali ini adalah PRK hidup mati yang akan menentukan nasib dan kedudukan BN dan juga pembangkang di Terengganu. Dengan kedudukan kerusi DUN sekarang ini dalam keadaan 17-15, kedua-duanya berada dalam keadaan genting kerana keputusan PRK ini akan menentukan kedudukan sebenar kerusi di DUN Terengganu. Jika BN menang, kedudukan akan terus berada pada kedudukan sekarang. Tetapi jika PAS menang, maka kedudukan DUN akan menjadi 16-16. Keaadan inilah yang cuba dikejar PAS dan cuba dielak BN.
Bila kedudukan kerusi DUN berada pada keadaan seimbang, 16-16, maka dibimbangi kestabilan DUN Terengganu akan goyah walaupun BN masih lagi berpeluang memimpin kerajaan negeri dengan kelebihan undi Speaker.
Dalam pada itu, ditengah keluh kesah penduduk Kuala Besut menunggu bakal-bakal calon yang akan mereka pilih pada 24 Julai nanti, pembangkang awal-awal lagi tunjukkan konflik antara mereka.
PKR yang tiada ribut, tiada angin tiba-tiba menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi berkenaan malah Azmin Ali mendakwa ia adalah kerusi mereka dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Setiausaha Agung PAS kemudiannya menafikan kenyataan Azmin Ali itu dan menolak calon dari PKR. Sementara itu DAP pula melalui Karpal Singh pula mendesak agar pakatan pembangkang memboikot pilihanraya kecil berkenaan.
Ini pun ditolak oleh PAS Terengganu. Mereka tetap dengan keputusan untuk masuk bertanding dan telah melantik Ustaz Satipul Bahri Mamat sebagai Pengarah PRK Kuala Besut ini.
PRK Kuala Besut; Angin Perubahan 16 : 16
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, Umno akan menghadapi kesukaran dalam pilihanraya kecil Dewan Undanga Negeri Kuala Besut (PRK KB) kerana mendendangkan lagu lama, "isu pembangunan".
Beliau berkata, rakyat kini sudah cerdik dan sudah faham, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan.
"Umno akan tersilap langkah sekiranya mendendangkan lagu 'pembangunan' dalam pilihanraya Kecil Kuala Besut, rakyat bukannya menolak pembangunan, tetapi rakyat kini sudah cerdik dan sudah faham, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan,
"kecuali Umno sendiri kerana terbukti, pembangunan yang dilaksanakan oleh Umno bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk memberikan projek-projek kepada suku sakat dan kroni,"ujanya ketika ditemui semalam, Ahad 30 Jun
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas wakil Kuala Besut Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman yang mula 'menjaja' projek pembangunan sebaik pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengisytiharkan pilihanraya kecil akan di adakan di DUN terbabit.
Haji Hanafiah yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Teregganu (JPRnT) berkata, PAS telah melantik Timbalan Pesuruhjaya I, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menjadi Pengarah dan mengetuai Jawatankuasa Operasi PRK KB peringkat negeri Terengganu.

Baca lanjut DI SINI.
Namun selang beberapa hari kemudian, PAS pusat pula mengumumkan perlantikan Husam Musa pula sebagai Pengarah PRK Kuala Besut, yang nyata bercanggah dengan keputusan yang PAS Terengganu telah buat sebelum itu.
Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa (gambar) sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.
Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.
Baca lagi DI SINI.
Adakah sekarang sedang berlaku perang besar dikalangan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Hadi Awang dan digerakkan oleh Mustapa Ali dengan PAS Pusat yang dikuasai oleh grup Erdogan/Syiah yang cuba disembunyikan kepada rakyat dan pengundi Kuala Besut?
Semua orang tahu bahawa dalam kepimpinan PAS sekarang ini dikuasai oleh geng Ergodan dan Syiah yang begitu berleluasa. Hadi Awang hanya jadi Pak Turut saja sementara dibuang dalam Muktamar nanti.
Rakyat dan pengundi Kuala Besut berhak tahu. Husam Musa yang sudah ditolak oleh PAS Kelantan dalam PRU13 lepas sehingga tidak dilantik semula sebagai exco tentu mempunyai hajat yang besar menjelang Muktamar PAS november depan. Dan ini adalah pioner projek beliau untuk menentukan untung nasib beliau selepas ini.
Rakyat Kuala Besut mesti bijak memilih. Jangan pilih orang yang kemaruk nakkan kuasa dan bersilat lidah didepan masyarakat sedangkan bontot mereka penuh dengan tahi.
Baca Wahid Endut mesej ni:
Baca Wahid Endut mesej ni:
PAS hantar barang riject untuk arah orang Kuala Besut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan