Pengikut

Isnin, 15 April 2013

PAS menuju kejatuhan

Penulis upahan pembangkang yang makan bersuap mengupas tentang kekalutan awal PAS di Kelantan dalam menghadapi PRU13 DI SINI. 

Sebelum ni, banyak lagi hal yang sama yang berlaku dinegeri-negeri lain tentang perebutan kerusi ni antara PAS dan pakatan pembangkang yang yang. Misalnya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Adakah kekalutan dan kegelabahan ini adalah tanda-tanda awal kejatuhan PAS di Kelantan selepas 23 tahun berkuasa? Sama-sama kita tunggu selepas 5 Mei nanti.

Umur Nik Aziz tahun ni dah masuk angka 84 tahun. Dulu dia pernah berjanji, bila Tun M letak jawatan, dia akan segera letak jawatan.

Tahun ni dah genap 10 tahun Tun M letak jawatan sebagai PM, tapi Nik Aziz belum letak-letak jawatan yang pernah dia janjikan dulu. Malah semakin ghairah untuk terus bertanding. 

10 tahun terakhir ini macam-macam peristiwa telah berlaku. Daripada jual kalimah Allah, Tuhan mencarut, hina Nabi, doa hancur UMNO, maksiat di Kelantan dan terbaru keluarnya video seks pemimpin PAS menunjukkan seolah-olah PAS sudah kena tulah dengan sendirinya.

Semua yang buruk-buruk yang PAS kata kepada UMNO sebelum ini nampaknya sudah berbalik kepada mereka sendiri.

Semalam Nik Aziz rebah lagi dalam ceramah di Johor. Mungkin itu tanda berikutnya dari Allah bahawa saat kejatuhan PAS sudah hampir benar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan