Pengikut

Selasa, 23 April 2013

AWAS!!!!!! DAP MAIN API PERKAUMAN LAGI

Kami dah ulas tentang perangai jahat DAP yang mula main isu perkauman dalam kempen politik mereka DI SINI dan DI SINI.

Isu ini mula merebak di Johor dan kemudiannya dilubuk mereka Pulau Pinang.

Blogger Unspinner buat pendedahan awal tentang situasi di Johor terutamanya Gelang Patah apabila seekor pengurus bank cina, Hong Leong Bank telah buat ugutan pada stafnya dalam satu mesyuarat mereka supaya sokong DAP dan jangan sokong BN jika tak mahu dibuang kerja. Baca SINI dan SINI.


Hari ni dah keluar dalam Utusan kata pengurusan bank berkenaan dah ambik tindakan gantung kerja kepada staff rasis mereka itu. Baca SINI.

Selain isu di bank berkenaan, isu-isu lain juga sedang disebarkan dalam ceramah-ceramah mereka seperti lagu negeri johor akan yang sebelum ini dinyanyikan disekolah-sekolah akan dihentikan selepas mereka mendapat kuasa. Baca DI SINI.

Sebelum ini pada tahun 2008, Sultan Johor pernah menegur ADUN DAP kerana keengganan memakai songkok di dalam dewan undangan negeri.

Ia merebak sangat pantas tapi kalau tak dibendung oleh masyarakat Cina, keamanan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum di Johor tidak akan kekal.

Seperti yang diingini oleh pencetus "politics of hate" berwarna perkauman, dakyah DAP dah mula bersebar dan membina "wave" di gelang Patah.

Hebuh dikatakan penduduk sebuah taman di Johor Baru akan seorang pemimpin DAP berucap di restoren makanan Cina dan mengatakan "Kita sudah halau Melayu dari Pulau Pinang, sekarang masa kita halau Melayu dari Johor!"


Ini bahaya. Bahaya menanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan