Pengikut

Khamis, 18 April 2013

DAP dah main isu perkauman di Johor


Katanya Cina DAP dah mula tiup sentimen perkauman semata-mata untuk dapatkan undi kaum Cina di Johor. Baca DI SINI.

Calon tulang patah di Gelang Patah merangkap godfather DAP, Lim Kit Siang dalam usaha untuk melebarkan pengaruhnya di Johor pada asalnya menyasarkan kerusi ini kerana beranggapan ia akan ditandingi oleh calon dari MCA, Jason Teoh. Pengumuman awal tentang pencalonan beliau telah dibuat oleh Anwar Ibrahim lama dulu mendahului semua keputusan pencalonan dikawasan lain.

Namun nampaknya BN yang lebih awal dapat membaca percaturan politik DAP ini akhirnya mengumumkan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Osman sebagai calon bagi kerusi parlimen berkenaan. Keadaan ini menjadikan mereka goyah dah mula memainkan sentimen perkauman untuk meracun minda pengundi.

Masyarakat kena terima hakikat bahawa DAP ialah parti yang tebal imej perkaumannya. Slogan-slogan yang disebar diperingkat permukaan bahawa mereka adalah parti pelbagai kaum adalah dogma sempit dan propaganda halus dalam usaha mereka menyasarkan matlamat sebenar mereka.

Tengok saja perebutan kerusi antara mereka. Tempat-tempat penting yang majoriti pengundi cina ada tentu mereka akan cuba sedaya upaya untuk menguasai dan meletakkan calonnya. Sebab itu mereka berebut banyak tempat dengan calon-calon PKR. Ini yang berlaku di Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. 
Kerusi orang mereka nak ambik, dalam masa yang sama kerusi dia kemas dipegangnya.

Berhati-hati undi beri undi pada DAP.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan