NONESeramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Responden diminta menjawab sekiranya Anwar harus berundur ekoran kegagalan Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Ia ekoran kenyataan Anwar yang berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan tidak memenangi pilihan raya.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini sehari selepas pilihan raya tersebut, Anwar bagaimanapun berkata beliau tidak akan berundur memandangkan tugasnya “belum selesai”.


Kaji selidik ini menarik kerana The Edge magazine dipunyai oleh kroni lama Anwar, Tong Kooi Ong dimana mereka pernah bersama cuba mengusahakan pengambilalihan sebuah Bank dengan pembiayaan dari Hong Leong Bank.  

Perlu dingat bahawa The Edge dibaca oleh golongan masyarakat korporat dan big business di mana pembacanya kebanyakkan adalah golongan menangah dan atas dari peniaga dan professional cina dan orang Melayu urban yang terbat dalam dunia korporat.

Kedua-dua golongan ini adalah pengundi DAP dan Pakatan Rakyat serta merupakan penyumbang kepada dana pilihanraya Pakatan. 

Samada ini adalah petunjuk majoriti rakyat Malaysia sudah mula bosan dengan politik jalanannya tidak dapat ditentukan lagi. Yang pastinya penyokong utama anwar sudah mula bosan dengan kepimpinan anwar.

Masyarakat komersial mahu Anwar menerima kekalahan ini supaya rakyat boleh kembali bersatu dan bersama memajukan negara, bukannya tak habis-habis menunjuk perasaan di jalanan. 


Jadi Anwar nak tunggu apa lagi???? BERAMBUSSSSSS LAH SEGERA!!!