Pengikut

Rabu, 8 Mei 2013

Husam meroyan di Salor


Husam Musa, anak emas Nik Aziz. Hidup dan jatuh bangunnya sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada kocek jubah Nik Aziz. Bila Nik Aziz menyulur dan rebah berguling bating disondol tsunami PRU13 dan diarahkan oleh Sultannya supaya berehat dan lupakan cita-cita untuk terus jadi MB, maka Husam pun secara automatik turut tersungkur dikepala jambatan Salor tu.

Harakahdaily melaporkan Husam meminta Najib turun dan diganti Mahyuddin selepas BN mencatat keputusan teruk dalam PRU13 ni apabila kurang lagi 7 kerusi parlimen berbanding keputusan PRU12. Untuk PRU13, BN menang 133 kerusi parlimen.

Dengan keputusan itu, maka Husam geger seluruh negara desak Najib letak jawatan atas kekalahan itu dan digantikan dengan Muhyidin Yassin. Memang itulah perangai Husam, hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba kecoh satu kampung tentang telur orang.

Dalam Husam duk gegak gempita bertempik sana sini minta PM letak jawatan, akhirnya Datuk Ahmad Yaakob angkat sumpah jawatan sebagai MB Kelantan dan Nik Amar sebagai TMB di Istana Kelantan. Nik Aziz yang uzur tabiee kerana faktor tua dan dikatakan tangannya pun dah terketar-ketar untuk sain surat dan menjalankan sebarang urusan pejabat, sudahpun digugurkan dan diminta berehat di Pulau Melaka. Kalau ada masa bolehlah sesekali turun sungai depan rumahnya itu untuk pukat ikan sungai.

Husam yang katanya tak tahu hujung pangkal dengan perlantikan itu, apa lagi terus meroyan seluruh Salor bertempit sambil hentak kaki dalam sawah depan rumahnya itu kerana kecewa tidak dimaklumkan dan kecewa digugurkan terus daripada sebarang jawatan dalam kabinet baru PAS Kelantan itu. Baik jawatan MB, atau TMB atau exco kanan sekalipun langsung tidak mencatatkan nama Husam.

Mat Yaakob menggunakan alasan nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan bersama-sama nama Ustaz Latiff Mengkebang. Antara alasan nama Husam ditolak ialah kerana berdasarkan track recordnya yang sangat buruk selama dalam kerajaan Kelantan sebelum ini. 


Antaranya, yang disebarkan umum ialah:

-Amalan rasuah yang melampau oleh Husam dalam pembalakan dan perlombongan di Kelantan. Tidak pernah sangkut dengan SPRM kerana cekap tidak lekatkan bukti.

-Sering menjaja nama bonda Sultan Kelantan (Tengku Anis) untuk mengutip wang daripada tauke-tauke balak dan pemaju pembangunan.

-Husam pernah mendapatkan khidmat bomoh daripada Thailand untuk menyihir bonda Sultan Kelantan.

-Husam mengarahan NGO naungannya R mengunakan nama dan gambar Tuanku sesuka hati untuk keuntungan politiknya.

-Semua projek yang dilancarkan Husam menemui kegagalan seperti Projek Depu, Projek Kambing Jamnapari, Projek Lembah Sireh, balak, jambatan, stadium dan sebagainya.

Husam kata dia redha dengan keputusan pengguguran itu tetapi dalam masa yang sama dia suruh Mat Nuri dengan dibantu anak saudaranya Jeming Hassan untuk bawa gerombolan pengikut dia pergi rumah Ustaz Mat MB dan hantar orang demo depan Kota Darulnaim pagi ni.

Jeming Hassan sebelum ini merupakan antara penggerak NGO 'R' untuk menuntut royalti minyak untuk Kelantan dan menggunakan nama dan gambar Sultan Kelantan sehingga menimbulkan murka baginda. Namun yang berlakunya katanya dia kaut untung sendiri melalui gerakan 'R' ini melalui untuk kepentingan peribadi dengan cara jual baju, stiker, topi dan sebagainya. Yang bergerak rakyat yang dikerah, yang untung hanya mereka.

Sekarang tinggallah Husam tergedik-gedik sorang diri menilik untung nasib dirinya. Bertanding di Putrajaya pun tewas teruk. Kemudian digugurkan pula dalam kabinet Kelantan. 


Masa depan Husam dah gelap. Geng-geng Anwar dalam PAS menuju ke lubang biawak. Satu demi satu wataknya gugur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan