Pengikut

Isnin, 27 Mei 2013

Anwar Hasut Kekacauan Agar Ditahan

Sebenarnya, ada sebab kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu galak melakukan semua perhimpunan haram dan pelbagai lagi bentuk ‘acara’ yang melibatkan protes dari rakyat.


Khususnya ‘acara’ yang meracuni pemikiran rakyat untuk bangkit menentang kerajaan.

Mungkin ramai yang tidak perasan atau tidak memerhatikan cara permainan politik yang dibuat oleh Anwar sendiri. Dan mungkin juga ada yang sudah dapat mengagak setiap percaturan dan langkah yang diambil oleh ketua Pakatan Haram ini.

Anwar pada dasarnya, dalam kepala otak beliau telah menganggap dirinya sendiri sama kedudukan dengan pemimpin terulung dunia, Aung San Suu Kyi.

Dari sejarah kepimpinan Suu Kyi, pemimpin wanita Myanmar ini terkenal dengan keberaniannya menentang habis-habisan kerajaan junta tentera di negara itu, yang telah bertindak ganas dan penuh dengan rasuah serta berpaksikan diktator dalam corak pemerintahan mereka.

Jadi, demi memastikan kehidupan rakyat terbela dan membangunkan negara Myanmar, Suu Kyi ketika itu yang sedang menetap di United Kingdom pada tahun 1988 kembali semula ke negaranya untuk menjaga ibunya yang sedang sakit.

Secara kebetulan, pemimpin sosialism Jeneral Ne Win dijatuhkan, Suu Kyi mengetuai rakyat mengadakan demonstrasi untuk mendapatkan demokrasi pada 8 Ogos 1988 di mana kerajaan junta tentera telah mengambil alih kuasa.

Suu Kyi sangat dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan dipenuhi dengan idealisme Mahatma Ghandi. Beliau menyertai Liga Demokrasi Kebangsaan pada 27 September 1988 dan ditahan dalam rumah sejak 20 Julai 1989. Beliau ditawarkan kebebasan dengan syarat kembali ke United Kingdom dan tidak dibenarkan kembali ke Myanmar. Tetapi beliau menolak saranan itu.

Selama 15 tahun menjadi banduan dalam rumahnya sendiri, Suu Kyi tidak pernah patah semangat untuk menentang rejim tentera demi rakyatnya.

Dan kerana semangat itu, beliau sentiasa disokong meski pun kemenangannya pada PRU tahun 1990, parti Liga Demokrasi Negara memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen.
Pun begitu, kemenangan Suu Kyi yang membolehkan beliau menjadi PM Myanmar disekat dengan penahanannya di rumah.

Justeru, Anwar sebenarnya berangan mahu mengangkat dirinya sama tinggi seperti Suu Kyi. Seorang pemimpin yang konon-kononnya berjuang mahu menggantikan kerajaan yang penuh dengan korupsi.
Dengan bermatlamatkan perjuangan itu, Anwar merancang pelbagai agenda yang membolehkan beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Samalah dengan penahanan beliau ketika tahun 1990 di mana dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahan kuasa. Dan pada tahun 2000 pula, dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun kerana didakwa melakukan kesalahan seks di luar tabii (liwat).

Tahun 2004 pula, dunia menyaksikan keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menggugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.

Dengan sejarah penahanan beliau, Anwar mencanang satu dunia dirinya telah difitnah dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Nak-nak sekarang ini pula, Anwar gigih mengadakan ‘Himpunan 505′ bagi membantah keputusan PRU-13 yang lalu.

‘Himpunan 505′ sudah diberitahu adalah perhimpunan haram kerana tidak mendapat kelulusan berhimpun dari pihak berkuasa.

Dengan ‘semangat’ Anwar yang meneruskan himpunan itu juga tanpa mengendahkan amaran dari pihak berkuasa, selain terus-terusan menjaja cerita palsu mengenai PRU13 serta menjejaskan nama baik SPR. Inilah modal sebenar yang dimahukan Anwar.

Modal supaya dirinya ditahan oleh pihak berkuasa dan menampakkan dirinya langsung tidan bersalah dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.

Dengan penahanan beliau, dapatlah Anwar meraih simpati dan meletakkan dirinya sama tinggi kedudukan dengan Suu Kyi.

Sebenarnya, bila di tahap ini, Anwar tentu berasa selamat dan lebih aman untuk menumbangkan pemimpin Malaysia sama seperti berlaku di beberapa negara Arab, yang dinamakan Arab Spring.

Menilai tindak-tanduknya selepas 5 Mei, Anwar memang mahukan cara dan jalan ini. Egonya besar mahu menjadi PM Malaysia. Jadi, apabila tidak dapat, beliau mula mencari jalan sebagai alasan yang kukuh untuk menutup kalah.

Alasannya, menuduh SPR tidak bagus dan mengadakan himpunan jalanan sebagai protes.

Hakikatnya dengan tindak-tanduk beliau ini, Anwar tidak layak meletakkan dirinya sebaris dengan Suu Kyi. Ini kerana kempimpinan Suu Kyi benar-benar bersih. Bukan seperti dirinya yang berjuang hanya bermatlamatkan peribadi dan kuasa semata-mata.

Suu Kyi pula berjuang selari dengan kata-katanya, tidak pula seperti Anwar yang hanya tahu bercakap tetapi langkahnya senyap.

Malah, Suu Kyi bebas dari sebarang tuduhan atau kes salah laku moral yang mencemarkan namanya di mata rakyat. Kerana itu beliau layak menerima anugersh Sakharow Prize dan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1991 ketika masih dalam tahanan.

Tidak seperti Anwar, terpalit dengan banyak kes-kes moral yang tidak mencerminkan dirinya sebagai pemimpin berperibadi bersih.

Perjuangan Suu Kyi tidak dapat dinafikan berjuang membebaskan rakyat Myanmar dari Kerajaan diktator yang zalim kepada rakyat.

Macam mana pula dengan perjuangan Anwar menjaja kata-kata kononnya kerajaan Barisan Nasional terlalu zalim kepada rakyat? Apakah sama zalim dengan junta tentera Myanmar yang sanggup membunuh rakyat sendiri? Tidak!

Semuanya ada sebab kenapa Anwar begitu keras dan degil untuk melanggar undang-undang. Hanya kerana mahukan kuasa sebagai PM dan meletakkan Malaysia sebagai negara yang musnah jika beliau berjaya tumbangka kerajaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan