Pengikut

Khamis, 23 Mei 2013

Ahmad Yakob Dedah Salah Laku Nik Aziz


Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.
Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.
Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas, besi dan sebagainya. Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri.
Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.
Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob, apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi. Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.
Namun bila diteliti semula, jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob, barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.
Bukan satu rahsia pun, banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.
Bukan saja tender, malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati.
Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan, namun sebagai MB Kelantan yang baru, Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.
Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit, mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.
Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.
Baca DI SINI.
23 tahun Nik Aziz perintah apa yang dia buat? Apa yang orang Kelantan dapat? Hanya pemimpin PAS yang dapat tebang balak dan ambik tanah rakyat untuk projek Ladang Rakyat. Untuk masuk poket mereka. 30% masuk tabung parti yang kerjanya untuk sebar fitnah. Rakyat tak dapat apa. Tetap miskin. Air tetap berkarat.
Kelantan kaya dengan sumber asli. Kalau Nik Aziz pandai memerintah, 23 tahun sudah cukup untuk Kelantan hidup dengan hasil sumber asli yang ada bagi mengkaya dan beri keselesaan untuk rakyatnya. Tak perlu tunggu duit royalti minyak. Di Kelantan ada emas, bijih, minyak, balak, air. Tapi kerana tak pandai mentadbir, apa satu pun tak jadi. Yang mereka tahu hanya ceramah, ceramah, dan ceramah untuk sebar fitnah.
Permit untuk lombong emas, bijih, tebang balak diberi secara terus tanpa melalui tender terbuka. Dalam ceramah kutuk BN kata rasuah dan tak telus, tapi 23 tahun berkuasa bukankah Nik Aziz buat benda yang sama yang mereka tuduh itu?
Lombong emas di Tanah Merah/Jeli diberi terus untuk diusahakan kepada seorang peniaga dari China yang katanya bijak dan berpengalaman dalam menguruskan bahan galian berkenaan. Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz katanya beri kuasa 100% kepada mereka untuk uruskan dan hanya tunggu hasil pulangan cukai sebanyak 30% daripada emas yang dijual. Betulkah ia berlaku? Teluskah ia? Atau cukuplah sekadar dapat sekilo jongkong emas yang katanya siap diproses sebagai ufti untuk kerajaan kelantan sedang hasilnya yang berkilo-kilo lagi melayang entah ke mana, masuk poket siapa?
Begitu juga katanya tentang hasil bijih di Rantau Panjang. Tanahnya dikorek dan dimuat lori untuk dihantar ke pelabuhan Tok Bali untuk dimuat didalam kapal kontena untuk dihantar terus ke China untuk diproses. Hasilnya? Rakyat tak pernah diberitahu tentang ini. Kerja siapa ni? Adakah Nik Aziz jadi pak turut kepada idea Husam yang jadi exco ekonomi pada masa itu?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan