Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Aiiiii Belum Apa-apa Dah Tipu Rakyat?


Derma Lebuh Raya:Iklan Nama Lain Sampai Di Bank Nama Lain


Semalam Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini. 


Susulan tulisan saya pagi tadi berhubung lebuh raya berkenaan, seorang pembaca menghubungi saya dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan. 

Pembaca itu tidak menyatakan kepada saya beliau penyokong parti mana. Saya berpendapat pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas. 

Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan. 

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun. Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar. Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan. Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam. 

Saya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan saya.

Saya sendiri ke Bank Islam tengahari tadi untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan. Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.

Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. 

Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali saya cuba, malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar sepertimana gambar dibawah. Lalu saya membatalkan hasrat saya untuk menderma.

Anak panah - nombor akaun
Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang saya tulis ini anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan . Hangpa semua tak nak syurga ke ?

Baca lanjut di sini.

Assmin Punya Kerja


Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.


Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.


Kronologi Kes


Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.


Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?


Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.


Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.


Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.


Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).


Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.


Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.


Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah  terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.


Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di 
bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.


Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.


Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.


Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.


Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.


Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.


Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak  harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.


Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin 
memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.


Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??


Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT 


Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????


Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.























Isnin, 28 Mei 2012

Kejayaan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan

Sudah Lancar & Potong Riben Tapi Tak Dapat Dikesan:‎

-Bandar Perikanan di Tok Bali 
-Projek agro tourism Pergau 
-Bandar Baru Pengkalan Kubur 
-Projek pelancongan di Danau Tok Uban 
-Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas 
-Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian
-Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok 
-Projek Bandar Baru dan Pelabuhan Darat K.Krai
-Pelabuhan di Tumpat 
-Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang 
-Bandar AFTA Rantau Panjang
-Jambatan Palekbang dan kampung cina

Sudah Umum Nak Buat: 

-Stadium Bola Baru Kelate

TERBARU!!!!!!

-Projek LebuhpilihanRaya KB-Kuala Krai

**semoga success... senang doh kelate loni...20 Tahun duk tipu rakyat.

Jumaat, 4 Mei 2012

Amerika Syarikat Taja BERSIH 1.0, 2.0 & 3.0

Protes menggegarkan jalan-jalan di  Kuala Lumpur Malaysia pada hari Sabtu, 28 April, kira-kira 25,000 keluar ke jalan raya untuk menyokong Bersih [1], sebuah organisasi yang berjuang untuk reformasi sistem pilihan raya Malaysia.
Organisasi yang mengelar diri mereka 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil', yang terdiri daripada 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk 'gabungan masyarakat sivil yang berfikiran bebas dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik'[2].
Perhimpunan baru-baru ini berikut dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November 2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012 [3].
Walaupun gabungan itu mendakwa tidak mempunyai fahaman politik, pergerakan itu sepenuhnya yang disahkan oleh pemimpin pembangkang utama Malaysia, Anwar Ibrahim dan parti-parti  politik pembangkang yang diketuainya.
Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia [4] dan Timur Tengah [5].
Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) [6].
Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times bertajuk "Kumpulan AS menyemai kebangkitan Arab" mendedahkan organisasi seperti National Democratic Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED, yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat [7].
Gabungan Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di AS[8], sebuah NGO yang memperolehipembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat[9].
be-perusuh600
Walaupun kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan rungutan pelbagai pihak, penyokong Bersih sewajar faham dengan dana Amerika Syarikat kepada NGO tersebut dan parti-parti pembangkang, ia subversif.
Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim (regime change) disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan terhadap polisi Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New American Century (PNAC) [10].
Mahathir juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan (destabilization) yang diperlukan untuk mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika [11].
Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui "promosi demokrasi" di dalam bukunya, 'Promoting Polyarhcy, "Di Amerika Latin, di Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti memudahkan objektif dasar luar Washington "[12].
Eva Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi Amerika Syarikat menawarkan, "Berjuta-juta dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan agenda AS.
"Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan dalam hal ehwal negara lain "[13].
Walaupun Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan pembangkang Malaysia ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama ""pilihanraya bersih dan adil".
 "Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen [14].
Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad; pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas [15].
Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan (Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan George Soros '[16]. Selain itu, Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy's (NED) bagi "Anugerah Demokrasi" [17].

be-balingpolis600
Gabungan Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011.
Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan berkahir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke Dataran.[18]
Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka untuk menterbalikkan kenderaan polis[19].
Penunjuk perasaan membuang botol, kepingan logam dan batu (concrete slabs), menyebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan [20].
Baca lanjut di Agendadaily di sini.