Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

Sekarang Aziz Bari Bergelar Professor Kangkong

  

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aziz Bari yang dikatakan akan bertanding di parlimen Sabak Bernam mewakili PKR dalam PRU13 nanti tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Beliau yang dilabel sebagai pakar perlembagaan oleh media pembangkang sebelum ini mula dipertikai oleh banyak pihak terutamanya berkaitan status kepakaran akademiknya.

Ini bermakna selepas ini Aziz Bari akan menggunakan gelaran PROFESSOR KANGKONG sesuai dengan kedudukannya sebagai puppet PKR dalam hal perlembagaan negara.

Ahad, 29 Januari 2012

Lingkaran Yahudi Keliling Anwar


Ketika kapal yang dilayari rakyat Malaysia, MV Marmara dan Rachel Corrie, yang dalam perjalanan ke Gaza untuk menyerahkan bantuan diserang tentera Israel, rakyat Malaysia di Kuala Lumpur membuat demonstrasi di Kedutaan amerika Syarikat.

Ketika itu, Anwar turut sama berucap mengecam Israel.

Tetapi rupanya sekejap saja simpati Anwar kepada rakyat Malaysia, Turki dan lain-lain umat Islam yang mahu membantu dan membela nasib rakyat Palestin di Gaza yang serba kekurangan.
Kemudian timbul pula isu APCO. Bukan main lagi Anwar bantai kerajaan dengan menuduh menggunakan khidmat Israel untuk memberi nasihat kepada kerajaan pimpinan Najib Razak.

Tidak lama kemudian, media barat mula menyerang Anwar. Akhirnya pecah tembelang Anwar. Langsung Anwar pun segera membuat lawatan meminta maaf yang dipanggil Apology Tour untuk bertemu kepala-kepala Zionis di Amerika Syarikat untuk memohon maaf.

Maka jangan hairan akhirnya Anwar meyuarakan kesediaan untuk menyokong keselamatan Israel jika dia menang jadi Perdana Menteri Malaysia sewaktu diwawancara dalam Wall Street Journal baru ni.

Bacaan lanjut di sini.

Haji Hadi Test Market


Kenapa Presiden PAS, Hadi Awang tiba-tiba umum tawar undur diri dan tak mahu bertanding dalam PRU13?

Test Market. Itu mungkin jawapan tepat. Selepas membuat keputusan tergesa-gesa memecat Hassan Ali tanpa sebarang rundingan dan sesi soal-siasat, ia telah beri kesan yang teruk kepada PAS. Hassan Ali dah pusing Malaya dedah kelemahan dan keburukan PAS serta dedahkan tangan-tangan ghaib dan parasit yang menguasai PAS hari ni.

Ini sudah tentu memberi imej yang buruk kepada PAS dibawah pimpinan Hadi Awang. Pengikut-pengikut tegar mula memberontak dan nyatakan bantahan atas keputusan ikut telunjuk PKR itu.

Kerana terdesak dan terpaksa menjelang PRU13 dan untuk mendapatkan kembali sokongan ahli, maka Hadi Awang terpaksa mendayuskan diri menggunakan taktik lama dengan pengumuman itu.

Khamis, 26 Januari 2012

LGBT, Agenda Pinkwashing Israel


Tidak pernah terfikir bahawa perjuangan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjalar ke Malaysia dan ironisnya telah ditakrifkan sebagai perjuangan hak kebebasan bersuara yang tidak sepatutnya disekat oleh kerajaan.

Sememangnya itu adalah fenomena global kerana di seluruh dunia kumpulan tersebut begitu lantang memperjuangkan hak mereka dan agak ironis sekali apabila ada antara mereka mengumpamakan kebangkitan LGBT selari dengan revolusi rakyat Arab yang cuba bebas daripada belenggu setelah ditindas oleh pemimpin diktator buat sekian lama.

Timbul kemusykilan mengapa dengan secara mendadak perjuangan LGBT mendapat simpati dan sokongan padu global bukan sahaja dalam kalangan individu atau pertubuhan malahan ada negara dengan secara rasminya menyokong dan memberi bantuan kepada aspirasi perjuangan LGBT.

Mungkin ada agenda tersirat atau pun sememangnya gerakan LGBT ini mempunyai matlamat yang sah, agak menarik untuk dibahaskan.

Tetapi satu perkara yang agak nyata adalah persepsi yang cuba digambarkan adalah bagi individu, pertubuhan atau negara yang menyokong perjuangan LGBT, mereka ini dianggap sebagai kumpulan yang menghormati proses demokrasi. Sebab itu dikaitkan perjuangan LGBT dengan hak asasi manusia dan revolusi rakyat Arab kerana kedua-duanya adalah sinonim dengan perjuangan demokrasi.

Paling membimbangkan adalah kayu ukuran yang digunakan untuk negara yang mempunyai undang-undang mesra LGBT dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem demokrasi yang matang.

Sebaliknya pula negara yang mengekang golongan LGBT dilabelkan sebagai pemerintahan ala diktator yang langsung tidak mempunyai sifat tolak ansur. Begitu mengaibkan sekali wujud pula masyarakat antarabangsa yang akur dengan persepsi songsang tersebut dan terperangkap dengan agenda yang lebih popular dikenali sebagai pinkwashing.

Rejim Israel umpamanya telah mengamalkan strategi pinkwashing ini dengan mempergunakan agenda LGBT untuk menggambarkan bahawa sistem demokrasi mereka adalah yang terbaik di rantau Asia Barat.

Tel Aviv dianggap sebagai antara bandar paling mesra LGBT dan rejim tersebut tanpa segan silu mempromosikan gambaran tersebut sebagai benar dan bukannya persepsi semata-mata. Tentera Israel daripada golongan LGBT tidak perlu menyembunyikan kecenderungan mereka kerana hak mereka diiktiraf. Malah Mahkamah Agung Israel turut mengiktiraf hak seperti pewarisan harta keluarga LGBT sama seperti keluarga lain.

Datuk Bandar Tel Aviv Ron Huldai dengan megah menyatakan bahawa Israel cuba membentuk model masyarakat yang mempunyai sifat toleransi, keterbukaan dan pluralisme dengan lebih memahami kehendak LGBT.

Jika kota London, Toronto atau New York dianggap sinonim dengan ungkapan bandar mesra LGBT, tidak keterlaluan jika diandaikan Tel Aviv telah berada jauh di hadapan di antara ketiga-tiga bandar raya tersebut.

Malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika memberi ucapan di hadapan perwakilan Kongres Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas dengan megah mengisytiharkan Israel adalah sebuah negara demokrasi contoh terbaik di Asia Barat berbanding negara lain yang merejam wanita, kumpulan gay dihukum gantung dan penganut agama Kristian dikekang aktiviti mereka.

Begitu jelas sekali strategi Israel yang mengamalkan pinkwashing bukan sahaja untuk menggambarkan demokrasi Israel adalah yang terbaik tetapi dengan sekali gus memburukkan negara Islam.

Rejim Israel sebenarnya mempergunakan isu LGBT sebagai alat perhubungan awam untuk mengaburi persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman yang telah diperlakukan terhadap rakyat Palestin terutama sekali di Tebing Barat dan Genting Gaza. Begitu pintarnya rejim tersebut mengamalkan pinkwashing walaupun undang-undang Yahudi itu sendiri tidak mengiktiraf hak kumpulan LGBT.

Strategi pinkwashing Israel telah diamalkan secara terancang sejak 2005 apabila rejim tersebut menilai isu LGBT boleh dipergunakan untuk menutup segala kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Kempen yang pada asalnya dinamakan Brand Israel disasarkan khas kepada mereka yang berumur di antara 18 hingga 34 tahun untuk menggambarkan Israel sebagai sebuah negara yang moden dan relevan.

Setiap tahun kempen Brand Israel dengan strategi pinkwashing dijalankan dengan begitu agresif kerana mempunyai pembiayaan kewangan yang kukuh dan menerima sokongan daripada kepimpinan tertinggi kabinet Israel. Malah pada tahun lepas Lembaga Pelancongan Israel membelanjakan hampir AS$90 juta secara khusus untuk menonjolkan Tel Aviv sebagai destinasi terbaik untuk percutian golongan gay.

Amat menyedihkan jika ada rakyat Malaysia yang terbawa-bawa dengan isu LGBT dengan mengaitkan dengan faktor hak asasi manusia dan menuduh sesiapa yang menentang hak LGBT adalah berlaku kejam. Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan menilai dengan teliti sama ada tuduhan tersebut berasas atau pun mempunyai agenda tersirat.

Amat mengaibkan pula jika ada masyarakat antarabangsa yang termakan dengan pinkwashing Israel yang cuba menutup kekejaman rejim tersebut terhadap rakyat Palestin yang bukan sahaja menahan atau membunuh rakyat Palestin tanpa usul periksa, malah merampas hak dan kedaulatan Palestin tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa.

Sokongan terhadap kebangkitan LGBT tidak boleh disandarkan semata-mata kepada hak kebebasan bersuara kerana kemungkinan tetap ada ia melanggar hukum agama, adat susila dan kehidupan yang lazim.

Bukan itu sahaja kerana ia mungkin dipergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda global tersirat seperti pinkwashing Israel.

Bacaan lanjut di sini.

Rabu, 25 Januari 2012

PKR Tipu Sultan Selangor Lantik Exco?

Perlantikan ADUN PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi dari Sijangkang bagi menggantikan Datuk Dr Hassan Ali yang digugurkan sebagai exco Selangor yang baru mengejutkan banyak pihak, termasuk orang PAS sendiri.

Ini kerana semua sudah maklum bahawa PAS hanya mencadangkan satu nama saja sebagai calon untuk dilantik exco berkenaan iaitu Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. Penolakan oleh Istana ini dikatakan ada kaitan dengan kenyataan Dr Rani sendiri sebelum ini yang mempertikaikan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu tauliah kepada penceramah agama dinegeri itu.

Maka Istana memilih Dr Ahmad Yunus sebagai calon yang sesuai untuk kerusi exco yang telah ditinggalkan oleh Hassan Ali yang sebelumnya menjaga portfolio Agama Islam, Adat Resam Melayu, dan Kemudahan Infrastruktur Awam.

Namun sebaik angkat sumpah perlantikan di Istana, selepas menyertai mesyuarat exco yang pertama, MB Selangor Khalid Ibrahim umumkan Dr Ahmad Yunus akan menjaga portfolio Belia dan Sukan, bukannya Agama Islam dan Adat Resam Melayu yang telah diambil alih oleh beliau sendiri.

PAS dalam hal ini rugi dua kali. Exco berwibawa seperti Hassan Ali dan juga kerusi exco Agama Islam dan Adat Resam Melayu, -kerusi yang telah digembar-gemburkan sebagai kerusi tetap mereka sesuai dengan kedudukan parti mereka.

PKR pula dalam isu ini dua kali cerdik, berjaya desak buang Hassan Ali dan juga berjaya mengambil alih kerusi panas berkenaan dari tangan PAS.

Persoalannya adakah percaturan pembahagian jawatan untuk exco ini berada dalam pengetahuan Sultan Selangor? Kita percaya penolakan perlantikan Dr Rani untuk jawatan itu juga dengan andaian kebimbangan baginda terhadap kebolehan melaksanakan tugas sebagai seorang exco agama nanti. Maka kerana itu baginda memilih Dr Ahmad Yunus untuk diangkat sebagai exco. Namun sebaik dipilih jadi exco, lain pula percaturan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim.

Dalam hal ini nampaknya orang Melayu dibawah Khalid Ibrahim tak menang apa satu pun.






Selasa, 24 Januari 2012

MB Kedah Dituduh Bebal Oleh PKR

Selepas Hassan Ali di Selangor, mungkinkah MB Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama dipecat daripada PAS? Ini berikutan tindakan Azizan Razak yang mempertahankan tindakan berasaskan AUKU ke atas 5 pelajar KUIN dikecam oleh rakan pakatan mereka.

Malaysiakini dalam laporannya menyebut, "Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah yang diambil oleh MB Kedah itu.

AUKU merupakan antara senjata lama oleh pembangkang terutamanya PAS untuk menghentam kerajaan. Diperkenalkan sejak tahun 1971 dan telah dipinda beberapa kali, adalah akta atau peraturan yang dibuat khas untuk mahasiswa untuk tujuan membetulkan matlamat dan hala tuju seorang mahasiswa.

AUKU bukan sengaja diperkenalkan untuk menyekat kegiatan pelajar sebaliknya adalah bertujuan untuk membendung kegiatan subversif yang ditimbulkan oleh segelintir daripada mereka itu.

Tindakan MB Kedah mempertahan AUKU melalui tindakannya itu dilihat berlawanan dengan kandungan Buku Jingga yang telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya PAS betul-betul sudah jadi kuda tunggangan DAP dan PKR. Semua benda yang nak buat kena minta restu dulu daripada godfather mereka dulu.



Khamis, 19 Januari 2012

PAS Akhirnya Jadi Keldai Kitab


Mungkin orang ramai tidak tahu ketika Salleh Man dari parti PAS bertanding dalam PRK Permatang Pasir, dia telah dijanjikan Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan Pengerusi MAIPP, Majlis Agama Islam Pulau PInang.

Sebaik saja menang, Anwar beritahu Lim Guan Eng supaya tak payah kasi kepada Salleh Man. Inilah kali pertama Pakatan Haram tidak perakui dan tidak yakini PAS untuk diberi tanggungjawab dalam memegang portfolio agama.

Rupanya pisang berbuah lagi. Kali ni di Selangor.

Sebaik saja Datuk Dr Hasan Ali disingkir oleh AJK PAS, tanpa menuggu masa lagi, Khalid Ibrahim terus mahu gantikan Hasan Ali dengan Dr Rani al Attarturk wal Erdogansing.

Malangnya pilihan hatinya ditolak DYMM Sultan Selangor. Mana tidak, Dr Rani bersama Khalid Gereja menafikan tindakan gereja DUMC untuk memurtdkan orang Islam. Siang-siang Dr Rani tidak percaya pada JAIS maka macam mana Sultan akan percaya pada seorang yang tak percaya untuk uruskan JAIS.

Lalu PAS terpaksa tukar calun untuk gantikan Hasan Ali dengan ADUN PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunos.

Hairannya Khalid sendiri yang ambil portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan hanya berikan portfolio Belia dan Sukan kepada Dr Yunos.

Ini kali kedua PAS hilang portfolio agama dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Masalahnya layakkah Khalid Gagap untuk pegang portfolio ugama. Adakah dia ada ilmu yang cukup?

Inikan pula parti yang dianggotainya adalah parti yang membawa agenda LGBT, mempertahankan peliwat dan pelawat rumah pelacur, pakar fitnah dan propaganda, bersekongkol dengan ejen asing, Islam liberal dan plural, perjuangkan hak lina joy murtad, tidak pertahankan akidah Muslim, watak-watak yang kurang akhlak, keganasan dan huru hara, dan lain-lain.


Seperti kata Zul Nordin, PAS sekarang dah jadi keldai yang bawa kitab saja.

Tunggu masa, umur panjang ... dapatlah kita lihat mereka seperti Elizabeth Wong akan jadi Mufti pula nanti.

Selasa, 17 Januari 2012

Inikah Parasit Dalam PAS?


Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat oleh PAS baru-baru ini ada menyebut tentang parasit yang membiak di dalam organisasi politik yang menggunakan label Islam berkenaan. Ramai orang tertanya-tanya siapakah parasit yang dimaksudkan beliau itu.

Majoriti berprasangka bahawa parasit berkenaan dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membiak dan menguasai kedudukan tertinggi dalam hiraki organisasi berkenaan. Kelompok ini sebelum ini dilabel sebagai Kumpulan Erdogan, yang kebanyakan daripada mereka datang dari kelompok profesional.

Adakah nama-nama di atas adalah orang yang dimaksudkan itu?

Isnin, 16 Januari 2012

Rahsia Besar PR Menjelang PRU-13

Perhimpunan PAS+PKR+DAP di Stadium Alor Setar, Kedah merupakan bai'ah Pilihanraya Ke-13 Kumpulan Komplot Haram. Dalam kesibukan media meneropong percaturan politik PAS+PKR+DAP, beberapa maklumat rahsia diperoleh daripada Bahagian Perang Saraf PAS iaitu:

1. Pas sudah hilang kepercayaan mutlak kepada Anwar Ibrahim. PAS akan menobatkan Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am selepas kematian Nik Aziz. PAS akan bersatu kembali dengan UMNO selepas proses aman dan berkabung selama 3 bulan. PAS menolak DAP secara mutlak.

2. PKR begitu terjal dan berpaksi teguh dengan fahaman Freemasonary. Bai'ah ini dibahas secara panjang lebar oleh geng erdogan PAS dan erdogan PKR dalam Sidang Meja Bulat tertutup di Rumah YAB Menteri Besar Kedah. PKR membawa fahaman Fremason kerana sumbangan CIA melalui Future Foundation berpangkalan di Doha sebanyak USD25 billion untuk urusan PRU-13 dan gerakan orientalisme Freemasonary.

3. PKR Selangor akan kekal rentak "ballroom" mereka sehingga berjaya mempengaruhi DYMM Sultan Selangor. Inilah sebabnya PKR cuak dengan Dr. Hassan Ali kerana Hassan Ali ialah seorang kader terlatih di zaman Dr. Mahathir dalam menghidu dan mengesan kemasukan Freemasonary di Malaysia.

4. DAP tiada tempat dalam politik Malaysia. Karpal Singh anak beranak dan Lim Kit Siang anak beranak akan terkubur legasi mereka apabila kedua-dua manusia ini MATI. DAP masih degil untuk menerus Agenda Deklarasi Setapak 1967 disebabkan kegagalan perarakan 1965 di Masjid Gelam, Singapura dan kegagalan membina Mercu atau Tugu Komunis di 32 Kubur Swasta Cina di Malaysia. DAP sedang mengurus kemasukan duit pilihanraya sebanyak RM 200 juta dari Singapura melalui perhubungan PAP (Bahagian Risikan Politik Asean).

5. Pasukan Kerja Risikan Politik DAP di Kajang yang berpayung di Kolej ERA (yang masih kebal di sana) sedang menilai perkiraan keadaan menang mereka di semua lokasi sedia ada dan lokasi baru. Negeri yang diidamkan ialah Negeri Sembilan dan Melaka. DAP sedang menyumbang kepada kewujudan 2,000 buah kuil dan tokong di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan RM1 juta setiap satu.


Kredit untuk Paneh Minang di sini http://paneh.blogspot.com/.

Ahad, 15 Januari 2012

Tragedi 901

Ramai orang suka pada nombor. Nombor bagi orang biasa-biasa, hanyalah sekadar nombor dan tidak membawa makna apa-apa. Tetapi angka ini nampaknya mempunyai maknanya yang tersendiri dalam sesebuah gerakan massa.

Memberi jenama, nombor atau apa saja, bukan benda baru dalam gerakan massa diseluruh dunia. Apatah lagi jika mendapat tajaan khas daripada pihak-pihak tertentu.

Kejatuhan beberapa buah kerajaan di Timur Afrika bukan berlaku secara kebetulan, melainkan ia sudahpun melalui proses gerakan tajaan yang telahpun digerakkan lebih awal dari itu.

Tinggal lagi ialah menggunakan kesempatan yang boleh diambil di atas apa yang berlaku di dalam masyarakat berkenaan waktu itu.

Misalnya peristiwa Mohammad Bouzizi membakar dirinya kerana protes kepada pihak berkuasa di Tunisia, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Zine al-Abidine Ben Ali.

Lama sebelum Bouzizi membakar diri, kumpulan-kumpulan kecil yang menamakan diri mereka dengan ungkapan 'jingga', 'merpati', 'baju kuning', 'baju merah', dan banyak lagi muncul bersilih ganti.

Kemunculan gerakan-gerakan atau kumpulan-kumpulan penggerak/penghasut ini sudah tentu mempunyai 'godfather'nya yang tersendiri.

Di Malaysia, walaupun sangat tidak mendapat sambutan, namun dari aspek untuk mengkelaskan diri mereka, kumpulan-kumpulan seperti ini juga wujud dan muncul. Yang terbaru ialah 'Jingga 13'.

Bagi orang biasa, warna dan angka tidak memberi apa-apa makna. Tapi bagi mereka penggerak utama gerakan ini, sudah tentu ia mempunyai maknanya yang tersendiri. Dan makna itu sudah tentu tidak dapat lari daripada dinisbahkan dengan 'godfather'nya.

Siapa 'godfather' mereka ini? Tidak dapat dinafi, sudah tentu ia adalah kelompok pembiaya yang bertangunggjawab menyalurkan sumber kewangan kepada aktiviti pergerakan mereka.

Dalam sejarah penaja pembiayaan gerakan massa diseluruh dunia sudah tentu kita sukar untuk menafikan penglibatan National Endowment For Democracy (NED) yang merupakan cabang pelaburan gerakan CIA diseluruh dunia untuk menyusup masuk atau meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Kita percaya apa yang berlaku disekitar kawasan Mahkamah Jalan Duta sewaktu hari jatuh hukum ke atas Anwar Ibrahim dengan disertai beberapa siri letupan bom itu adalah tanda-tanda awal ke arah sebuah gerakan massa yang besar untuk terus turun protes ke jalan raya.

Tapi nampaknya keputusan hakim yang membebaskan Anwar dari kes berkenaan pada pagi itu menjadikan perancangan itu berada dalam keadaan anti-klimak.

Kita juga percaya disebalik orang bodoh ada ramai lagi orang cerdik yang tidak mahu bertindak seperti orang bodoh hanya kerana masalah peribadi.