Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

PAS Dah Sanggup Berketuakan Kapir Harbi


PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam

February 28, 2012
SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini. 
BACA PENUH DI SINI


Itu lah, bila dah terdesak, macam-macam mereka sanggup laksanakan. Tentu rakyat tak boleh lupa tentang Amanat Haji Hadi di Banggol Peradung, Kuala Terengganu 31 tahun lepas. Baca sini kalau dah lupa.


Sekarang amanat itu masih terpakai ke sejak PAS dah sanggup peluk-cium dengan DAP demi nak dapatkan kuasa? Bagaimana ahli PAS yang mati berkiblatkan amanat ini dan tak sempat bertaubat? Sembahyang dua imam. Sembelihan orang UMNO tak boleh makan. Kenduri orang UMNO haram pergi. Banyak lagi dosa PAS yang tidak pernah ditaubat oleh pemimpinnya sehingga kini.


Kemudian tarik balik hasrat penubuhan negara Islam dan tukar ke negara berkebajikan. Kemudian tarikh balik hasrat laksana hukum hudud. Semuanya dilakukan kerana nak dapat kuasa dan jaga hubungan dengan kapir harbi.


Sekarang jawatan dalam parti pun sanggup nak beri pada kapir harbi. Rasanya inilah tindakan paling sewel dan terdesak PAS. Begitu kemaruk nak kuasa dan takluk Putrajaya hingga sanggup gadai akidah dan maruah.


Elok ikut cakap Tun M, lantik saja Lim Kit Siang jadi Presiden atau Mursyidul AM PAS, selesai semua masalah orang PAS. 



Ahad, 26 Februari 2012

Pembantu Imam Mahdi Kongkek Bini Orang?

Ini Ustaz auta ni. Dulu kata Mufti Perlis sebagai Mufti Syaitan. Kemudian nobatkan Anwar Liwat Ibrahim sebagai Imam Mahdi. Semalam Tuhan bayar cash ke al-fadhil as-syeikh Pembantu Imam Mahdi yang didakwa.


Nah, tengok sini, di sini dan juga di sini

Khamis, 23 Februari 2012

Celako, Celako, Celako


Kesian sunggoh orang-orang PAS ni. Nak jadi calon untuk bertanding dalam PRU13 sikit punya susah dengan pelbagai syarat kena lepas.


Sebelum ni dah kena bai'ah talak 3 bini masing-masing, ni terbaru kena sumpah pulak celako, celako, celako dunia akhirat pulok!


Makin susah nak masuk syurga la nampak gaya ahli-ahli PAS ni.


Baca ulasan Wak Jengkol tentang isu ni.

Rabu, 22 Februari 2012

Dalang Israel Masuk Malaysia

PKR kutuk kerajaan kerana menuduh berdagang dengan Israel. Ini dibuktikan yang menurutnya melalui kapal-kapal yang masuk berlabuh di Pelabuhan Klang.


Rendah akal sangat cara Jinggay 13 dan PKR ni nak lempar tahi.


Baca dalang sebenar yang buat hubungan dagang dengan Israel di sini. 


Selasa, 21 Februari 2012

Israel Masuk Port Klang

Betul ke apa yang dikecohkan oleh Jinggay 13 bahawa kapal Israel masuk berlabuh di Pelabuhan Klang untuk urusan dagang?


Cis betul rupanya. Tengok sini lah buktinya.

Rabu, 15 Februari 2012

Baca Quran Pun Kena Ugut Di Serambi Mekkah


Berkat ajaran Tok Guru Nik Ajis, baca Quran pun kena ugut. Ni Serambi Mekkah ke apa ni?


Berhenti lah Pok Nik jadi tok wokil nya...



Ayah Pin Muncul Semula

GEMPARRR!!!! 


Ayah Pin yang menubuhkan kerajaan langit dan kemudian hilang tanpa dikesan akhirnya jelmaannya muncul semula di Batu Caves.


Lihat di sini.


Selasa, 14 Februari 2012

Pukulan Maut Tun M Kepada Punaisihat Agen Yahudi



1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.
4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.
5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Isnin, 13 Februari 2012

Budak Jambu PKR Kantoi Menipu

Sewaktu diwawancara oleh Malaysiakini baru-baru, budak Jambu PKR yang masih bujang, Rafizi Ramli dengan rendah diri menyatakan beliau berkerja secara sukarela dan ikhlas untuk bantu rakyat tanpa mengharapkan habuan apa-apa.

Beliau juga mendakwa masih lagi menetap di rumah biasa seperti rakyat bawahan kerana gaji yang diterimanya juga kecil.

Benarkah begitu budak Jambu?

Mari kita tengok resume beliau waktu nak mohon jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dulu:







Kecilkah dengan gaji beliau waktu itu mencecah RM30,000? Adakah bila masuk di Pejabat Ekonomi Selangor dan bertugas sebagai agen menabur fitnah gaji beliau hanya sebanyak RM0.90 sen, murah sepuloh sen daripada gaji Anwar?

Mari kita tengok rumah setinggan kecil beliau yang buruk itu:


Tak semua rakyat bodoh untuk ditipu Jambu Air Rafizi. Rakyat dah cerdik, dah boleh menilai mana satu pembohongan dan penipuan.

Hanya Rafizi yang masih bodoh nak menipu rakyat dengan cerita propaganda simpati untuk tarik perhatian dan sokongan rakyat.







Nik Aziz Dah Warning Punaisihat

Terlajak perahu boleh diundur, tapai kalau terlajak kata, binasalah badan jawabnya.

Mursyidul Am PAS dah keluar warning peringkat jingga terhadap Punaisihat PKR Anwar Ibrahim tentang kenyataan beliau dalam AWSJ baru-baru ni yang akan membela Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Lihat di sini.

Setelah mendapat kecaman umat Islam seluruh dunia, baru hari ni PAS berani bagi warning Punaisihat ni. Itupun terpaksa guna Nik Aziz.

PAS bagi Anwar dua pilihan, tarik balik kenyataan itu atau saman AWSJ, - dua perkara yang Anwar memang tak mungkin akan buat demi kepentingan politik dia.

Jawapan yang Anwar akan bagi atas desakan PAS itu lepas ni ialah dengan salahkan UMNO. UMNO lah segala-galanya.

PAS tahu Anwar ni agen Yahudi dan proksi Israel sebelum ni, tapi terpaksa pejam mata semata-mata nak kuasa dan takluk Putrajaya hingga sanggup menggadaikan maruah agama.

Nampak sangat PAS dah betul-betul ditunggang-langgani oleh PKR + DAP.

Ahad, 12 Februari 2012

Penyokong Hina Nabi


Atas nama Hak Asasi Manusia, salah seorang peguam yang menganggotai Lawyers for Liberty yang diketahui memang menyokong LGBT dan penyokong kuat PKR bernama Fadia Nadwa gagal dalam usaha mereka untuk menghalang pihak berkuasa Malaysia daripada mengusir pulang wartawan Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari  atau dikenali sebagai Hamza Kashgari ke negaranya setelah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW sewaktu sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Fadiah Nadwa Fikri yang bertudung litup tetapi berhati syaitan ini, turut disokong oleh Christoph Wilcke dari Human Rights Watch serta S.Arulchelvan dari SUARAM. Menurut mereka, lelaki bangsat itu tidak akan dapat pengadilan seadilnya di Arab Saudi.

Peguam ini telah berkejar bersama peguam lain yang berkiblatkan hak asasi manusia ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) demi untuk menghalang polis mengektradisi wartawan Arab ini ke Arab Saudi.

Menurut tweetnya, peguam Fadiah Nadwa Fikri kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menghantar pulang Hamza dengan sebuah pesawat Arab Saudi sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
 
Kolumnis hina Nabi
 
Kolumnis Arab Saudi ini dalam TWITTERnya telah menyamakan dirinya dengan Nabi Muhammad s.a.w pada hari sambutan Maulidurrasul. Malah kolumnis yang mungkin beranggapan bahawa kebebasan bersuara bermakna boleh bercakap tentang apa-apa sahaja tanpa batasan, berani pula menyatakan bahawa sebahagaian dari sikap Nabi Muhammad s.a.w ada yang disukainya dan ada pula yang tidak disukainya.

Jumaat, 10 Februari 2012

DAP Rasis Sampai Kiamat

Isu budak Cina diserang seorang pekerja KFC di i-City, Shah Alam menjadi hangat apabila ia mula diambil alih oleh DAP dalam satu sidang akhbar bersama MP Segambut.

Tradisi Cina cauvanis DAP apabila mereka bersalah dan tertekan, mereka akan ambil tindakan yang cepat untuk counter balik isu yang timbul.

Dalam kes ini, si budak Cina Danny Ng tu dikatakan mengamuk dan mengutuk maki hamum keturunan dengan menyatakan 'cibai punya Melayu' kepada pekerja-pekerja KFC di situ. Siapa yang tak marah bila Cina rasis ni main sentimen perkauman sedangkan isunya hanya kerana lambat dapat ayam goreng je?

Teliti cerita sebenar yang disembunyikan oleh DAP rasis di sini.

Jadi elok dah dia kena sebijik pukulan maut oleh pekerja-pekerja tu sebagai pengajaran kepada sikap rasis melampau tu.

DAP yang terkenal sebagai parti yang rasis sampai kiamat ni memang tak akan berdiam diri untuk membela si Cina pelampau tu.

Mari kita tunggu apa respon PAS selaku rakan kongsi sebantal DAP dalam isu ni.

Rabu, 8 Februari 2012

Anwar Aset Yahudi Zionis

1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.

2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh ‘diperalatkan’ kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi ‘opportunist’ yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.

3. Menurut laporan “Jewish Political Studies Review” (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.

4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.

5. Laporan itu menyebut,”The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks“.

6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, “The Asian Renaissance” (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai’pemimpin agung’ di rantau Asia.

7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai ‘pemimpin agung’ Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program ‘lobi nama Anwar’ di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.

8. Program ‘lobi nama Anwar’, Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center (APPC), Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal.

9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.

10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.

11. Hasilnya dalam “Program Dailog Pasifik” anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohen ke Malaysia.

12. Manakala dalam “Program Dailog Pasifik II”, anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.

13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan “Program Dailog Pasifik III”pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.

14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan “Reformasi” Anwar di Malaysia.

Bacaan lanjut di sini.

Perampok Hak Rakyat

Kata budak Jambu PKR, Si Rafizi, kegiatan curi pasir di Selangor adalah warisan kerajaan lama BN dulu. Ni budak curi pasir dua ekor ni orang UMNO/BN ke ni?







2 ekor perampok baru di Selangor. Sa-ekor kerja di Batu Caves, tapi gi menyamun di Semenyih. Dia punya syarikat, dia sokong sendiri, sebelum menyamun.

Takkan Jingga 13 nak tengok saja? Baca sini.

Patut lah Dituduh Meliwat...


Tu diaaaaaaa lenggok pak sheikh.... malu dek non nengok nye...

Baca lanjut di sini.

Selasa, 7 Februari 2012

Nik Aziz Nak Jadi MB Sampai Ke Kubur


Nik Aziz dalam satu kenyataan beliau baru-baru menyatakan hasratnya untuk terus bertanding dalam PRU13 nanti atas alasan PAS Kelantan menghalang beliau daripada tidak bertanding dan mahu terus terlibat dalam politik Kelantan.

Beliau sekarang sudah berumur 81 tahun, 18 tahun lebih umur kewafatan Nabi Muhammad SAW. Telah menjadi MB Kelantan selama 22 tahun dan telah jadi wakil rakyat PAS sejak 45 tahun lepas. Beliau mula jadi wakil rakyat PAS sejak tahun 1967.

Tun Mahathir yang sebaya beliau juga dah lama letak jawatan walaupun masih sihat untuk terus berkuasa, tetapi nampaknya Nik Aziz masih kemaruk nak jadi MB walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak membantu dan sering sakit-sakit.

Nampaknya Nik Aziz nak bawa jawatannya itu sampai ke liang lahat.

Jumaat, 3 Februari 2012

KITA Bubar


Baru berumur tak sampai dua tahun, semalam Zaid Ibrahim dah umum untuk bubar parti yang dibelinya sebelum itu selepas keluar dari PKR, KITA yang datang dari AKIM.

Zaid waktu dalam UMNO pernah dilantik jadi menteri zaman Pak Lah. Kemudian dipecat, dia masuk PKR. Selepas tu bertanding di Hulu Selangor wakili PKR dan kalah. Tak lama lepas tu keluar PKR dan beli AKIM untuk tukarkan kepada KITA.

Elok lah tu. Orang ada duit dan kemaruk dengan politik memang tak boleh pakai. Kalau tak habis rosak rakyat diperbodohkannya.

Tak mustahil Zaid masuk DAP lepas ni.