Pengikut

Selasa, 24 Julai 2012

Berhala Baru Di Kelantan




Ini bukan di Thailand adik kakok, tapi di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan. Negeri Serambi Mekkah yang dikatakan dipimpin oleh Ulamak.



Isnin, 23 Julai 2012

Lajim Ukin Pun Gi Bersih Dosa Judi Dengan Nik Aziz?



Gambar boleh beri banyak makna. Akhir-akhir ini PAS heboh promosi secara besar-besaran bila ada sorang dua artis masuk partinya. Bagi PAS, itu kejayaan mereka mentarbiah artis. Sedangkan bagi artis, mereka masuk PAS untuk bersih dosa dan bimbang takde nama dalam senarai masuk sorga.


Pagi tadi katanya Datuk Lajim Ukin pun gi jumpa Nik Aziz. Adakah Datuk Lajim juga terpukau dengan tawaran hapus dosa tajaan PAS dan turut bimbang namanya juga tiada dalam senarai ahli sorga?


Kata orang Beufort, Datuk Lajim dengan judi bagai isi dengan kuku. Jadi kalau itu tujuan kunjungan itu, maka molek lah baginya tu.

Khamis, 12 Julai 2012

14 Sebab PAS Sesat


1) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?

- Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh.

- Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama.

- Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja.

- Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul.

- Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah..

- Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku.

- Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.

8) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.

-Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja.

- Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.

- Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar.

- Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.

- Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.

- Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.

- Haji Wan Ismail Yaakob, 70 tahun Guru Al-Quran, Ketereh Kelantan.

Rabu, 11 Julai 2012

Kempen Low Class Gaya Mazlan Aliman



Petang tadi Mazlan Aliman, Presiden ANAK berkunjung ke pusara Allahyarham Tun Abd Razak. Agaknya Mazlan nak mohon ampun terlebih dahulu kepada pengasas FELDA ni sebab dia berhajat nak menghancurkannya.

Sebab nak nampak muka dia dan tanda nama di pusara Allahyarham Tun Razak untuk dimuatkan di FBnya buat kempen, maka Mazlan terpaksalah berdoa mengadap ke Utara, mungkin arah Bangkok atau Haadyai agaknya! 

Dah terdesak benar budak Mazlan ni hinggakan kubur pun terpaksa jadi bahan kempen dia.

Khamis, 5 Julai 2012

Anwar Hasut Umat Islam Selatan Thai Pula

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana.  Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.  

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.  Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.  

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.  Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.  

Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.   

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.  Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.  

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.  Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.  

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.  

Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.  Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.  Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.

Rabu, 4 Julai 2012

Ke Mana Pergi Derma Jihad PAS?



Menurut ulama PAS, derma mereka adalah untuk dana akhirat. Setiap kali ceramah, tabung dan plastik derma akan diedarkan bagi mengutip duit setiap yang datang. Ada yang bagi duit. Ada yang bagi barang kemas. Ada cincin, rantai, gelang atau subang, bergantung kepada kuatnya janji pahala dan syurga yang ditawarkan penceramah pada malam itu.



Banyak tu.


Macam-macam tabung ada. Janji duit masuk penuh.






Kemudian barulah kira


Biasanya pengumuman tentang jumlah yang berjaya dikumpul akan diumumkan oleh pengerusi diakhir ceramah.


Kadang mencecah puluhan ribu untuk satu malam. Bila dah dijanjikan syurga dan pahala, orang kampung mana yang tak nak.


Tapi sehingga kini, tidak ada walau seorang pun yang pernah bertanya ke mana duit berkenaan pergi atau digunakan. Malah duit-duit berkenaan tidak pernah diaudit pun. 


Itu yang berlaku kepada mangsa tragedi Memali yang ditipu oleh pemimpin PAS Kedah yang setiap tahun buat kutipan tetapi duit kutipan derma itu tak pernah sampai kepada balu-balu dan anak yatim Memali berkenaan.


Pendedahan ini telahpun dibuat oleh orang kuat PAS sendiri, Cikgu Non aka CN Al-Afghani melalui buku dan ceramahnya. Baca di sini.

Tetapi tweet pelakon yang gopoh nak masuk sorga ni, Hairie Othman telah dedahkan bagaimana duit tu dibelanjakan. Rupanya buat bayar artis-artis kemaruk yang minat agama untuk datang ceramah bagi tarik orang datang.


50K untuk sekali ceramah? Confirm lepas ni berbondong-bondong artis kemaruk glamour dan lapar duit akan masuk PAS kerana bayar mahal yang mereka peroleh dengan hanya sekali ceramah walaupun berstatus jahil tukey.



 

Selasa, 3 Julai 2012

Pendedahan Dana Asing SUARAM

SUARAM adalah anak haram dalam konteks sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan suara dan hak rakyat Malaysia. Ini kerana ia adalah sebuah syarikat, yang ditubuhkan dibawah akta syarikat dan berdaftar dengan agensi pendaftaran syarikat, SSM.

SUARAM juga mendapat dana daripada pihak asing yang sangat asing bagi rakyat Malaysia iaitu daripada NED, sebuah NGO tajaan langsung CIA bertujuan untuk berbuat kacau dan meruntuhkan mana-mana kerajaan yang ada didunia ini yang tidak sebulu dengan mereka. 


Dengan kata lain, NED berusaha untuk mencatur dan menaikkan pemimpin mana yang mereka nak, memimpin sesebuah negara dan menjatuhkan pemimpin mana yang mereka tak nak.


Ini bermakna, SUARAM bersubahat langsung dengan NED yang didanai oleh Yahudi untuk menubuhkan kerajaan boneka mereka di mana-mana negara yang menguntungkan mereka.


NED mempunyai rekod yang jelas dalam peta dunia terlibat dalam proses menjatuhkan dan menaikkan pemimpin boneka ini di seluruh dunia pasca Perang Dingin. 


Di Malaysia, selain SUARAM yang mendapat dana daripada NED berkenaan ialah Malaysiakini.com, CIJ, SEAPA, dan Open Dialog Centre.


Penyata kewangan syarikat SUARAM menunjukkan mereka mempunyai kedudukan kewangan mencecah 1 juta pada tahun lepas.


Baca pendedahan lanjut di sini.


Sekarang SUARAM menggunakan isu pembelian kapal selam Perancis sebagai modal untuk menjatuhkan kerajaan.