Pengikut

Khamis, 28 Jun 2012

IAIS, SAIS, CMCU, IIIT & CIA - Rangkaian Jahat Anwar Ibrahim


Bila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, beberapa kroni Anwar Ibrahim yang pro Abdullah Badawi telah wujudkan Institut Islam Hadhari di Universiti Malaya, yang ditugaskan menjadi jurucakap menjelaskan idea “Islam Hadhari” yang siapa pun tidak faham, termasuk Abdullah Badawi sendiri.
Kemudian setelah Abdullah Badawi mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri pada 2009, konsep “Islam Hadhari” pun terkubur bersamanya.
Tapi Institut Islam Hadhari itu tidak terkubur malah bertukar nama pada 2009 dan hidup semula sebagai “International Institute of Advanced Islamic Studies” atau IAIS.
IAIS ini sekarang masih menjadi sarang beberapa ex-kroni Anwar Ibrahim termasuk ahli ABIM dan penyokong PKR. Kita akan lihat jaringan mereka ini.
Pertama sekali nama singkat “IAIS” sendiri diciplak daripada “SAIS” atau “School for Advanced International Studies” di Johns Hopkins University. Johns Hopkins University adalah sarang neo-con di Amerika yang dipenuhi dengan akademik dan penyokong CIA dan perisik Amerika yang semuanya menjadi dalang untuk memperkudakan Anwar Ibrahim.
Setelah Abdullah Badawi melepaskan Anwar Ibrahim daripada penjara pada 2004, Johns Hopkins University telah melantik Anwar menjadi ‘visiting fellow’ (yang tidak pernah masuk kelas sekali pun) di School of Advanced International Studies (SAIS) itu juga.
Anak Anwar, Nurul Izzah juga telah diberi biasiswa penuh oleh golongan neo-con perisikan Amerika untuk menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University juga. Inilah sedikit daripada kekuatan jaringan neo-con Yahudi Johns Hopkins University.
Maka setelah “Institut Islam Hadhari” padam bersama Abdullah Badawi pada 2008, Anwar Ibrahim telah mengilhamkan beberapa kroninya di Institut itu untuk menukar nama menjadi “International Institute for Advanced Islamic Studies” atau IAIS, meminjam nama daripada Advanced International Studies atau “AIS” di Johns Hopkins University itu.
Daripada awal lagi IAIS memberi ruang kepada pensyarah pro Anwar daripada kalangan “pakar Islam” antarabangsa datang memberi syarahan.
Yang anehnya Institut ini telah juga memberi ruang kepada penyangak dan pembunuh bangsa ‘kulit putih’ daripada Amerika, Kanada dan tempat lain yang kononnya ‘pakar’ dalam beberapa bidang yang berkaitan dengan negara Islam, untuk berceramah dan sebagainya.
Antaranya ialah menjemput Ken Lewis, duta Kanada di Afghanistan untuk mempertahankan penaklukan Afghanistan oleh tentera Amerika.
CEO dan Pengerusi IAIS ini adalah Professor Mohammad Hashim Kamali, seorang warga Afghanistan yang telah “berkhidmat” untuk Anwar sebagai profesor ’Islamic Law’ di University Islam Antarabangsa (UIA 1985-2004).
Antara kawan karib Profesor Hashim Kamali di University Islam Antarabangsa ialah Mohd Nur Manuty, Sidek Baba, Abu Hamid Abu Sulaiman (bekas Rektor, warga asing), Osman Bakar dan beberapa lagi kroni Anwar. Mungkin mereka tidak tahu Anwar adalah agen CIA.
Sidek Baba masih bertugas di University Islam Antarabangsa dan masih menjadi penasihat yang berpengaruh di kalangan penyokong PKR.
Mohd Nur Manuty pula berpotensi menjadi calon pilihan PKR di pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Hamid SulaimanApabila Anwar dipecat pada 1998, Abu Hamid Abu Sulaiman (IIIT), bekas Rektor UIA telah melarikan diri ke luar negara tanpa menulis surat perletakan jawatan atau mengemaskan pejabatnya.
Balik kepada Professor Hashim Kamali, pada 2003 beliau telah dilantik oleh rejim pembunuh genocide Presiden George Bush menjadi Pengerusi ‘Constitution Review Commission of Afghanistan (2003)’ di mana Prof Kamali membantu merangka Perlembagaan Baru Afghanistan. Penggubalan Perlembagaan baru itu sebenarnya menghalalkan kuasa ketenteraan Amerika di negara itu.
Prof Kamali juga menjadi konsultan kepada rejim tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq. Dalam perkembangan terkini, Prof Hashim Kamali dilantik dengan sokongan Amerika sebagai konsultan untuk merangka perlembagaan baru bagi negara Somalia.
Sewaktu Anwar masih berpengaruh, Hashim Kamali telah dianugerahkan hadiah ‘Isma’il al-Faruqi Award for Academic Excellence’ pada 1995 & 1997 oleh Universiti Islam Antarabangsa.
http://img.tfd.com/IOD/Ismail_Raji_Al-Faruqi.jpgIsmail al-Faruqi (IIIT) adalah mentor Anwar Ibrahim dan bekas ahli akademik pengajian Islam di Temple University, Amerika yang terlibat dalam amalan homoseksdengan pelajar-pelajar asing termasuk pelajar dari Malaysia.
Ismail Faruqi bersama isterinya telah dibunuh oleh seorang pelajar Islam bernama Abdullah Yusuf Ali yang enggan terlibat dalam jaringan homoseksnya.
Maka inilah sedikit latarbelakang Prof Hashim Kamali yang bertugas dalam negara kita sebagai Pengerusi IAIS atau International Institue for Advanced Islamic Studies.
Untuk membantu Prof Hashim Kamali, Timbalan CEOnya di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) adalah Professor Datuk Dr. Osman Bakar.
Osman Bakar tidak perlu sebarang pengenalan lagi. Beliau memang terkenal sebagai seorang kroni Anwar Ibrahim dan masih mempunyai pertalian rapat dengan jaringan kroni Anwar seperti Sidek Baba, Mohd Nur Manuty dan lain-lain.
Dr Osman Bakar juga adalah Senior Fellow di Prince al-Waleed Talal Center for Muslim Christian Understanding (CMCU) di Georgetown University, Washington D.C. Dr Osman Bakar telah menjadi penuntut PhD dibawah Prof Syed Hossein Nasr, seorang lagi penuntut Ismail al Faruqi homoseks.
http://loganswarning.com/wp-content/uploads/2010/07/John-Esposito.bmpPada 2008, Anwar Ibrahim telah dijemput oleh Prof John L Espositomenjadi ’Profesor Tamu’ di Prince al-Waleed Talal Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University itu.
John L Esposito, Pengetua CMCU di Georgetown University itu adalah seorang kawan yang sangat karib dan juga penyokong kuat Anwar Ibrahim yang juga bekas murid Prof Ismail al Faruqi homoseks tadi.
IAIS yang berpangkalan di kampus University Malaya ini sering mengatur acara dengan beberapa NGO dan peniaga buku yang ramai daripada mereka menjadi penyokong Anwar Ibrahim.
Antaranya ialah NGO “Friends of Dir Yassein” ia itu sebuah gabungan tidak rasmi beberapa NGO yang memperjuangkan nasib orang Palestin. NGO ini diketuai oleh Hishamuddin Ubaidulla anak kepada Tan Sri SOK Ubaidulla (arwah).

Hishamuddin Ubaidulla sering menjual nama Anwar Ibrahim di kalangan peniaga Indian Muslim di Kuala Lumpur.
Dia juga menjadi rakan kongsi syarikat penerbit buku Islamic Book Trust bersama Haji PK Koya Kutty, seorang lagi peniaga Indian Muslim dan penyokong kuat Anwar Ibrahim. Seisi keluarga Haji PK Koya Kutty adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim.
latheefaAnak perempuannya Latheefah Koya adalah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan juga peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dalam kes liwat.
Syarikat usahasama mereka Islamic Book Trust sebenarnya adalah penerbit buku ciplak (langgar copyright). Mereka sering mengeluarkan dan mencetak semula banyak buku terkenal berkenaan Islam tanpa menghiraukan ‘copyright’ atau hakcipta dan tanpa membayar sebarang royalti kepada penulis asal buku itu.
Setakat ini mereka telah menerbitkan semula lebih 100 tajuk buku di mana sebahagian besarnya dicetak atau disusun tanpa izin ‘copyright’ daripada penulis atau penerbit asalnya.
PK Koya Kutty juga ‘menyunting’ dan ‘menyusun’ tulisan orang lain yang kemudian dibukukan atas nama Islamic Book Trust. Mereka cuba menggunakan jaringan IAIS untuk mendapat kontrak membekal buku-buku Islam kepada universiti dan sekolah.
Antara kontrak yang paling besar yang pernah dikejar oleh Islamic Book Trust ini adalah kontrak untuk membekalkan Kitab Suci Al Quran kepada setiap bilik hotel dalam negara kita.
Inilah sedikit sebanyak daripada jaringan Anwar Ibrahim yang masih berpengaruh atau beroperasi dalam negara kita.

Terima kasih The Unspinners.

Singapura Ceroboh Malaysia

3 ekor kuda ranggi betina Singapura yang cuba untuk masuk campur dalam situasi politik Malaysia telah kantoi sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini.


Nama-nama mereka iaitu Regina Low Kay Yin (First Secretary-Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0, Philomena Aw Li Fen (First Secretary-Political) dan Ariel Eunice Tan Hwi Tiang (Deputy High Commissioner and Counsellor) bukanlah orang yang kecik anak di kedutaan Singapura.


AIDC yang telah membuat pemdedahan awal tentang penglibatan mereka ini menyebut dengan jelas cubaan campur tangan Singapura dalam urusan politik Malaysia berserta dengan buktinya sekali di sini.


Kedutaan Singapura kemudiannya terpaksa membuat pengakuan penglibatan staf mereka tetapi menggunakan alasan penglibatan itu atas kapasiti peribadi mereka. Lihat sini.


Namun alasan yang berdolak-dalik menimbulkan kecurigaan masyarakat kerana mereka ini bukan hanya setakat datang memerhati malah terlibat langsung dalam demonstrasi berkenaan dan turut memakai baju kuning.


Sebelum ini blog Mymassa dalam postingnya telah mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia.
Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.

Selasa, 26 Jun 2012

Sallahuddin Ayub Ugut Nik Aziz!!!

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub yang telah ditolak oleh PAS Kelantan dan ditendang balik ke negerinya Johor mengeluarkan peluru pertama dalam siri balas dendamnya dengan mendesak supaya SPRM menyiasat MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat dalam skandal salahguna kuasa sepanjang 22 tahun pentadbirannya.


Beliau mengeluarkan desakan itu dalam satu kenyataan di lobi Parlimen sebagai mengulas isu aset RM3Billion milik Anwar Ibrahim sepanjang pemerintahannya dulu.


Baca laporan MStar Online berikut:

Aset RM3Bilion: PAS Setuju SPRM Siasat Anwar

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan semula dengan kontroversi skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion, PAS sebagai sekutu pakatan pembangkang menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang itu disiasat pihak berkuasa.
Pendirian berkenaan disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor BankNegara, Datuk Abdul Murad Khalid kira-kira 13 tahun lalu berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
"Kita tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasatan atas apa-apa tuduhan dan itu adalah pendirian PAS," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Malah Salahuddin turut mencabar SPRM agar menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.
Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan BadanPencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.
Bukan itu sahaja, Abdul Murad juga baru-baru ini dilaporkan menyatakaan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar.
Habislah Nik Ajis lepas ni.

Ahad, 24 Jun 2012

Lagi Bukti Dinar Kelantan Menipu

Jelas bahawa projek Dinar Kelantan bukannya nak bantu rakyat tapi rupanya nak tipu rakyat dengan jadi along bertopengkan agama. Pandai Husam Musang kecek Tok Guru Nik Aziznya dengan selimutkan projek-projek ideanya dengan jubah dan slogan islamik walaupun kesemua projek ideanya sebelum ini menemui kegagalan 100%.


Payah dah Husam nak sembunyi diri lepas ni. Semua topengnya sudah dibogelkan. 


Baca pendedahan bekas orang kuat KGT di sini.

Rabu, 20 Jun 2012

Haji Hadi Gatal Mulut

Baru ni MB Kelantan, Dato Bentara Guru Nik Aziz tuduh Mufti Perak sebagai 'gatal mulut' bila dia mengulas tentang senario politik tanahair.

Datuk Bentara Guru tu tak tahu ke Presiden Pas Haji Hadi pun gatal mulut juga? Malah bukan setakat gatal, tapi dah gelebek gusi dah. Baca di sini.

Isnin, 18 Jun 2012

Lagi Penipuan Kerajaan Kelantan Tentang Dinar Emas?


Bekas ayam tambatan Husam, Kickdefella telah bongkar skandal penipuan dalam sistem dinar emas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan melalui exco kanannya, Husam Musa. 3 laporan polis telah dibuat tentang salahlaku melibat orang kanan dalam syarikat pengurusan sistem berkenaan.
Apa Itu Riba
Mudahnya, riba adalah tambahan (al-ziyadah). Dari sudut bahasa ia bermaksud kenaikan nilai. Secara falsafahnya ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu yang dikenakan oleh pihak pemilik asal atau penjual. Dari sudut matawang pula, riba bermaksud berbezaan nilai yang dibawa oleh satu-satu matawang itu dengan nilai melekat (intrisic Value) matawang itu.
Intrisic Value / Nilai Melekat
Intrisic Value pada matawang adalah nilai sebenar matawang itu iaitu nilai yang melekat pada matawang itu berdasarkan fizikalnya. Sebaliknya, matawang moden hari ini dianggap tidak bersih kerana nilainya bukan berdasarkan nilai melekat tetapi nilai yang dipaksakan ke atas pengguna.
Tiada Beza Antara US Dollar dan Dinar Dirham Kelantan
Apakah intrisic value atau nilai melekat pada wang kertas contohnya 1 US Dollar? Nilai intrisicnya adalah sama dengan nilai 1 gram kertas ditambah dengan kos percetakannya. Lebih banyak ia dicetak, lebih rendah nilainya. Di dalam kata lain, sekeping wang kertas US Dollar berharga tidak lebih dari cuma beberapa sen sahaja. Tetapi di dalam pasaran ia mempunyai nilai yang dipaksakan ke atasnya. Nilai yang dipaksakan ke atasnya ialah bernilai 1 US Dollar atau lebih RM 3. Nilai yang dipaksakan ke atasnya itu adalah berkali-kali ganda dari nilai intrisic atau nilai sebenar sekeping kertas bercop 1 US Dollar.
Ini adalah riba. Rejim kewangan dunia memaksa kita menukarkan sekeping kertas yang bernilai beberapa sen sahaja dengan barangan yang bernilai berpuluh-puluh kali ganda darinya.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Exconya YB Dato’ Haji Husam Bin Musa telah menganjurkan Dinar Dirham Kelantan untuk ‘mencari keredhaan’. Bahkan ada usaha politik untuk memaksa Kerajaan Negeri membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan Dinar Dirham supaya ianya bersih dari riba dan rejim riba anjuran barat.
Benarkah Dinar Dirham Kelantan Bersih Dari Riba?
Berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh pihak tertentu kepada blog ini, Dinar dan Dirham Kelantan didakwa mempunyai nilai riba sama seperti US Dollar dan bukanlah matawang syariah tulin yang bersih dari riba.
Ini berdasarkan arguement bahawa Kelantan Gold Trade menjual Dinar Dirham kepada rakyat pada harga yang ditetapkan oleh World Islamic Mint (WIM) sama sepertimana harga US Dollar ditetapkan oleh US Federal Reserve.
Semakan kepada laman web WIM mendapati arguement itu adalah benar. Berikut adalah petikan dari laman web WIM,
“After production WIM recommends a RRP – Recommended Retail Price” – di sini.
WIM juga hanya mengiktiraf Dinar Dirham yang di ‘minting’ olehnya sahaja dan mengaut keuntungan menerusi royalti sebanyak 1% dari kos produksi setiap Dinar Dirham. Di Malaysia, WIM diasaskan oleh sahabat baik Husam Musa iaitu Umar Ibrahim Vadillo.
Nik Aziz hadir di majlis makan malam sempena konferans Dinar Emas pada tahun 2007.
Intrisic Value Dinar Dirham Kelantan dan Harga Yang Dipaksakan
Nilai melekat pada 1 Dirham Kelantan ialah bersamaan harga semasa perak seberat 2.97 gram dicampur dengan harga minting antara 10 ke 15%. Bagaimanapun WIM meletakan nilai yang dipaksakan kepada 1 Dirham Kelantan pada harga RM25.00 se Dirham. Ini menunjukkan peningkatan sehingga mencecah 120% dari harga melekat.
Harga yang dipaksakan kepada 1 Dinar Kelantan pula mencecah hampir 25% lebih tinggi daripada nilai melekat atau nilai sebenarnya.
Jika ini adalah benar, persoalan yang perlu kita tanya ialah apakah bezanya rejim yang dianjurkan oleh Kelantan Gold Trade dan World Islamic Mint dengan matawang keluaran US Federal Reserve?
Memandangkan nilai melekat pada Dinar Dirham Kelantan tidak sama dengan nilai yang dipaksa ke atasnya, maka pengguna berisiko mengamalkan riba dalam urusan jual belinya.
Pembeli Dinar Dirham pula terpaksa menanggung riba dengan membeli Dinar Dirham yang harga dijual lebih tinggi dari harga berat emas dan perak itu di pasaran. Oleh yang demikian apabila mereka cuba menjual balik, ianya akan susut nilai minimum antara 25% ke 120% dari harga pasaran. Ini tidak termasuk harga susut nilai akibat ianya dianggap sebagai emas terpakai. Sekiranya Dinar Dirham Kelantan dibuka dari sampul plastiknya ianya akan dianggap sebagai emas dan perak terpakai oleh kebanyakkan kedai-kedai emas. Tetapi, tanpa membuka sampul plastik tersebut, bagaimanakah pembeli mahu memastikan berat sebenar dan ketulenan emas itu?
Skandal Riba Kelantan
Matawang syariah tidak sepatutnya diletakkan dibawah sebuah syarikat komersil dan dikawalselia pula oleh pihak berkepentingan.
Matawang syariah sepatutnya diletakan terus dibawah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu menerusi Baitul Mal. Di Zaman penggunaan matawang syariah dalam zaman keagungan Islam dan di empayar-empayar Islam ianya tidak pula dikawal selia dan nilainya ditentukan oleh badan seperti WIM yang cuba bertindak memonopoli matawang syariah.
Zaman keagungan Islam, nilai dan penerimaan matawang syariah yang berlainan pembuatnya ditentukan oleh kuasa pasaran. Pasaran yang menentukan matawang syariah mana yang lebih mereka utamakan penerimaannya.
Tidaklah berkesan jika nilai matawang syariah tidak seragam dengan nilai melekatnya. Jika nilai matawang syariah lebih tinggi dari nilai melekatnya maka ia sama sahaja dengan sistem matawang hari ini.
Skandal Dinar Dan Kerajaan Negeri Kelantan
Pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan Dinar dan Dirham Kelantan untuk meraih simpati politik serta mempromosikan agenda tertentu untuk keuntungan karier masing-masing.
Saya tahu kebanyakkan anggota Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan sendiri tidak bersalah dalam isu ini. Bahkan mereka sendiri dari awal lagi merasa tidak selesa dengan skim yang disarankan. Masalahnya ada pihak tertentu yang sering membelakangkan Kerajaan Negeri.
Siapakah dibelakang ‘pihak tertentu ini’?
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kelantan tidak boleh mendiamkan diri. Tindakan perlu diambil dengan kadar segera. Penjualan Dinar Dirham Kelantan perlu digantung sementara. Audit perlu dilakukan terhadap matawang syariah yang dijual oleh Kelantan Gold Trade. Badan yang dianggotai oleh para ulama’ kemudian harus menilai kesahihan dakwaan yang dimajukan di dalam posting kali ini.
Rakyat Kelantan dan Dinar Dirham
Kebanyakan rakyat Kelantan tidak sedar risiko yang mereka ambil di dalam  pembelian Dinar Dirham Kelantan. Ini kerana kebanyakannya hanya berlandaskan kepada niat suci mencari keredhaan. Lebih banyak persoalan dan pendedahan berhubung Dinar dan Dirham Kelantan akan dimajukan di masa akan datang.
Setakat ini cukuplah di katakan bezanya antara US Dollar dan Dinar Dirham Kelantan seolah setakat terjemahan ‘In God We Trust’ dan ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’.
Baca pendedahan lanjut di sini dan sini.

Jumaat, 15 Jun 2012

8 Kecurigaan Rakyat Terhadap Lebuhraya Prepaid Husam



1) Isu ini perlu dijelaskan kepada rakyat Kelantan kerana projek ini telah diisthiharkan kepada rakyat bahawa Projek Lebuhraya ini adalah projek wakaf. Maka dalam urusan wakaf perlu penjelasan lanjut mengenai segala terma dan perjanjian dengan syarikat kontraktor supaya tidak menimbulkan syak wasangka rakyat Kelantan.

2.Jika Hasil Balak di tapak bina akan digunakan untuk membiayai Pakej 1 Lebuhraya KB-KK, bagaimana pula dengan Pakej dua dimana seperti yang diketahui kesemua kawasan terlibat seperti di Pasir Hor, Kadok, Kok Lanas dan Ketereh tidak mempunyai hasil balak. Kesemua kawasan tersebut adalah kawasan Padi dan kos pengambilan tanah ini mungkin lebih besar dari Pakej 1 kerana ia melibatkan lebih banyak tanah tanah milik inidividu.

3. Persoalan kenapa lebuh raya Pakej 1 bermula dari belakang iaitu dari Dusun Damar, Kuala Krai juga perlu penjelasan lanjut. Adakah kawasan tersebut mempunyai sumber balak?. Alasan kerajaan negeri bahawa ia bermula dari situ kerana disitu adalah tanah kerajaan adalah sesuatu yg tidak kukuh, kerana sepanjang jajaran 43km lebuh raya tersebut sudah tentu juga melibatkan tanah-tanah milik individu dan apakah status pengambilan tanah-tanah ini. Jika dimulakan dari Pasir Hor keadaan akan lebih mudah kerana kerja tanah (earthworks) tidaklah sesukar mana dan tidak memerlukan belanja tinggi.

4. Rakyat berpendapat Kerajaan Negeri perlu mendedahkan Laporan EIA mengenai kesan Pembinaan Lebuhraya yang mungkin sudah diserahkan pada Jabatan Alam Sekitar dalam mematuhi keperluan dibawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar(Penilaian Terhadap Kesan Alam Sekeliling) 1987. Dalam pemurnian niat kerajaan negeri untuk menjadikan projek lebuhraya KB-KK ini sebagai Projek Wakaf Rakyat maka rakyat perlu dimaklumkan sepenuhnya mengenai sejauh mana perancangan terhadap Lebuhraya ini supaya ianya tidak dianggap sebagai projek yang hanya diumumkan untuk meraih keuntungan politik semata mata,ini kerana projek ini melibatkan penerokaan hutan yang agak besar bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya tersebut. 

Jika sebelum ini syarikat RAHMAT DHUHA SDN BHD boleh menghantar Laporan EIA bagi projek menanam semula sawit di kawasan Mukim Kuala Pergau, Daerah Dabong Kelantan untuk penerokaan kawasan hutan seluas 2946 ekar, maka tiada sebab untuk projek Kerajaan negeri yang bernilai berbillion ringgit melalui Baldah Toyyibah Sdn. Bhd ini tidak boleh mendedahkan laporan EIA tersebut. Jika laporan tersebut masih lagi belum dibuat maka nyatalah ia adalah satu projek yang diumum secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti.

5. Apabila lebuhraya KB-KK siap maka jalan KB-KK sedia ada mungkin tidak menjadi pilihan utama pengguna. Justeru itu Rakyat berpendapat Kerajaan negeri perlu membentangkan satu pelan komprehensif kepada rakyat Kelantan mengenai bagaimana kerajaan negeri akan mengekalkan kegiatan ekonomi di dalam Bandar Kuala Krai, Machang, Kok Lanas dan Ketereh supaya Bandar-bandar ini tidak mengalami status “bandar mati” .

6. Kerajaan Negeri perlu menjelaskan kepada rakyat, mengikut kreteria apa syarikat Menta Construction Sdn Bhd dipilih, Jika ianya dipilih melalui kaedah selective tender sila umumkan syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam tawaran Lebuhraya WAKAF ini.

7. Memandang kerajaan PAS Negeri Kelantan menyarankan supaya Rakyat secara jujur dan ikhlas menderma wang ringgit atau peralatan pembinaan seperti pasir, batu kuari dan sebagainya sebagai kaedah mengurangkan kos serta memperkenalkan konsep gotong royong, Rakyat juga menuntut agar semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan semua ADUN juga melaksanakan pemotongan Gaji, Elaun dan Imbuhan yang dinikmati oleh mereka dai awal pembinaan Lebuhraya KB-KK sehingga lebuhraya ini disiapkan.

8. Kerajaan Negeri perlu jelaskan pada rakyat unjuran Kos Penyelengaraan Lebuhraya Wakaf ini apabila siap nanti dan apakah dana penyelenggaran Lebuhraya ini akan dikutip juga melalui kaedah derma?

Kredit untuk blog Angin Perubahan. 

Rabu, 13 Jun 2012

Pendedahan Akuan Berkanun Dato' Murad BNM


  
Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: -
1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM.
3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.
4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.
5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat.
   
          Tong Kooi Ong                Dauglas H. Paal   
Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.
6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.
7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -
(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta

      
                Azmin Ali                 Shamsidar
8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.
9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.
Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS.
APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa.
10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.
11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.
Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing.
Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini.
12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -
(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah.
(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak.
(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.
(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk.
Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta.
Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas.
13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.
14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.
Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk.
15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.
17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”.
Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.
Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan.
19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.
20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani oleh penama :
Dato’ Abdul Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

SUARAM Hantu Raya Belaan PKR


Nampaknya Anwar kini kembali dengan muslihat lamanya: menggunakan sekutu-sekutu dan NGO belaanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mencemarkan imej pilihan raya Malaysia.
Sejak dua minggu lalu, beberapa laporan akhbar dan blog telah mendedahkan bahawa rekaan fakta terhadap sistem pilihan raya di Malaysia hanya dilakukan oleh rakan-rakan asing Anwar. “Misi” yang diketuai oleh seorang Senator di Australia, Nick Xenophon, telah mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia dan mencadangkan satu siri perubahan yang dijangka akan memihak kepada PKR.
Kini, terdapat satu lagi kumpulan yang kononnya mengatakan bahawa mereka adalah organisasi bebas, Suaram, sebenarnya hanyalah salah satu daripada “kawan-kawan” Anwar. Kumpulan tersebut sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa minggu lepas dengan perkara yang bermotifkan politik dengan mengembalikan isu Scorpene – namun, Suaram tetap cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan fakta di mana mereka bekerjasama bersama Anwar.
Walaupun laman web mereka tidak menyatakan identiti sebenar mereka. Walau bagaimanapun, setelah diteliti, Suaram sebenarnya dipenuhi oleh orang PKR. Jadi, mereka sebenarnya hanyalah pihak pembangkang.
Antara mereka termasuk aktivis kanan organisasi Suaram, Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah, ahli Majlis Tertinggi PKR Irene Fernandez, anggota ADUN PKR, Elizabeth Wong dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin. Ahli-ahli Suaram yang lain di Suaram termasuk Ahli Parlimen DAP dan pegawai-pegawai kanan Parti Sosialis Malaysia – kedua-duanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat.
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel juga merupakan ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi, Suaram sememangnya Pakatan Rakyat. Mungkin ini menjelaskan mengapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini,terbuktilah mengapa mereka tidak bertindak sebagai sebuah organisasi bebas, tetapi sebagai sebuah parti politik bagi menghadapi pilihan raya.
Dan bagi menghidupkan kembali isu lama di mahkamah Perancis, Suaram telah berusaha keras hinggakan mereka telah mengadakan majlis makan malam yang dinamakan sebagai “Scorpene 2.0” yang mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi satu meja.
Namun, bagi mereka yang inginkan kebenaran, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu terhadap isu yang dikeluarkan oleh Suaram. Penyiasatan yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Perancis bagi isu yang ditimbulkan oleh Suaram dikatakan akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengapa Suaram tidak boleh tunggu sehingga keputusan dikeluarkan?
Mungkin mereka bimbang bahawa hakim mungkin akan mengumumkan bahawa bukti-bukti mereka tidak kukuh? Atau mungkin mereka rasakan bahawa isu ini adalah modal terbaik mereka bagi menghadapi PRU-13?
Organisasi ini juga kelihatan seperti tidak membenarkan wartawan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Apabila wartawan bertanyakan soalan sama ada mereka boleh mendapatkan sumber asli daripada Suaram, mereka berkata bahawa menurut undang-undang Perancis, mereka tidak boleh membawa bukti-bukti mereka keluar daripada Perancis.
Suaram telah mereka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan – namun, sepertimana yang kita ketahui, Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mereka mahu memperjuangkan hal rakyat.
Bagi mereka yang tahu akan modus operandi Anwar, perkara ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Namun, rakyat perlu tahu akan kebenaran sebelum segalanya terlambat. Suaram perlu menjelaskan hubungan mereka dengan PKR dan mereka perlu menjelaskan kepada rakyat tentang mengapa mereka bertindak sebegini rupa.

Selasa, 12 Jun 2012

Utan Kayu Markas Lahir Gerila Anwar


Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.


Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun.


Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi ‘perisik’ atau ‘agen’ apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.


“Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.


“Mungkin di Utan Kayu, cara pengendaliannya adalah untuk membawa masuk perkara baru dalam minda barisan muda yang sentiasa mahu memberontak dan tidak puas hati.


“Mungkin di sana, ia adalah amalan biasa tetapi Anwar ada agenda sendiri dan jadikan Komunitas Utan Kayu ini sebagai medan untuk kepentingan beliau. Sebab itu, putar belit Anwar sentiasa mendapat tempat di hati pemimpin luar negara,” kata sumber kepada Malaysia Harini baru-baru ini.


Komunitas Utan Kayu yang berpaksikan yang berpaksikan kepada kebebasan berfikir dan berinteraksi, iaitu kebudayaan dan pemikiran saling selari dikatakan diwujudkan beberapa wartawan Majalah Tempo, Editor dan Detik serta cendekiawan Indonesia.


Difahamkan, Komunitas berkenaan dipelopori Pengarang Tempo, Goenawan Mohamad; Pengarang Suara Pembaruan, Aristides Katoppo; Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi; wartawan kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya; Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain.


Seiring dengan itu, pemimpin Komunitas Utan Kayu turut menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) sebagai sayap politik. Kegiatannya berupa penerbitan buku politik dan membangungkan jaringan wartawan alternatif.


ISAI juga menyeleggarakan pelbagai latihan bagi mahasiswa bidang komunikasi untuk pergerakan pro-demokrasi. Ketika rejim Presiden Soeharto runtuh dan gerbang kemerdekaan kewartawanan mulai terbuka, ISAI mempraktikkan sebuah Rumah Produksi Berita Radio yang dikenali sebagai Kantor Berita Radio 68H (seperti alamat Komunitas Utan Kayu di Jakarta timur).


Menurut sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang mendapat latihan diasuh dengan fahaman liberal, termasuk pelbagai bidang kebudayaan dan keagamaan.

“Ia satu perkara yang dibimbangi mampu menggugat kesejahteraan rakyat negara ini dengan fahaman liberal mereka, terutama Anwar yang amat tegar dalam Islam Liberalnya. 
Mahu atau tidak kerajaan perlu sekat dan tangani isu ini supaya tidak menular ke Malaysia.


“Boleh dikatakan sudah ramai mahasiswa kita dibawa ke sana untuk menjadi gerila Anwar. Sudah pasti ada yang terpengaruh dan kita lihat bagaimana golongan muda kita di universiti seakan-akan melawan Kerajaan Najib kerana sokongan liberal di bawah Anwar,” katanya.


Sememangnya hubungan antara Goenawan dan Anwar tidak perlu diselindung lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dulu. Pengasas majalah Tempo itu mendapat bantuan khusus daripada The Asia Foundation.


The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana yayasan itu adalah penaja utama Islam Liberal Indonesia. Asia Foundation dikawal Dr Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga sahabat Anwar.


Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai felo di The Rockeffeler Fellowship Program, Harvard University dan American University, Cairo.


Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecah-belahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam Pro Barat yang dikenali Islam Liberal.


Di Indonesia, Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, dia memilih Anwar. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (Pusat Islam Liberal dan LGBT).


Andai kata, kedua-dua tokoh itu tidak mengenali, apakah agenda sebenar Goenawan menjemput Anwar berucap di Komunitas Salihara? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan mempelawa Aminah Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di Amerika Syarikat) berucap di Komunitas itu pada 2009.


Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga terpengaruh. Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari 1989 hingga 1993.


      
Produk Utan Kayu, dari kiri, Goenawan Mohamad, Ulil Abshar Abdalla, Dr. Musdah Mulia dan Ayu Utami


Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh Islam Liberal berlainan fraksi iaitu Allahyarham Gus Dur (bekas Presiden Indonesia), Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra dan Ulil Abshar Abdalla.


Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui yayasannya, yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation.


Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi Tenaga Komunitas Salihara, Mohamad Guntur Romli adalah aktivis penulis Islam Liberal Indonesi yang turut menghalalkan aktiviti LGBT.


Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem D (Festival Filem Queer atau Festival File Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada 2007 sehingga kini.


Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara dan Aminah Wadud juga tokoh tamu Komuniti Salihara. Pada 2011, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Q yang dibantah keras organisasi Islam Indonesia.


Komunitas Salihara juga adalah pusat pembelaan LGBT Indonesia, iaitu tempat pertemuan dan mengadakan perbincangan LGBT bagi memahamkan rakyat Indonesia menerima perlakuan seksual songsang golongan minoriti itu.


Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.


Oleh itu, tidak menghairankan pada 2006, Goenawan mendapat penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang AS$250 ribu di atas penghargaan itu.


Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Absar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).


Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang ddiasaskan oleh Goenawan. Ulil Absar adalah salah seorang staf ISAI.


Kini Ulil Absar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokongan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.


Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Absar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.


Buat masa ini, Ulil Absar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.


Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.