Pengikut

Rabu, 25 April 2012

Bersih, LGBT, Ambiga dan Yahudi


Maklumat dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat terunggul mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.

Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.

Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 300 orang peserta pada, dinaikkan tarafnya kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.

Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.

Itu dari segi kehadiran.

Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.

Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.

Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.

Baca sepenuhnya di Pas Beruk.

Jumaat, 20 April 2012

Nasib Malang PAS Jadi Pencacai

Yang buat kacau di dataran geng-geng ni:





Yang tukang kawal dan jaga keselamatan mereka geng-geng ni:






Demikianlah yang berlaku pada PAS ni. Sampai mati kena tipu ke geng-geng komunis dan cauvinis. Begitulah nasib malang PAS bila bersekongkol dengan PKR + DAP, jadi pencacai dan balaci kena pijak dan ditipu tak habis-habis.

Khamis, 19 April 2012

Pendedahan 18 Surat Anwar Minta AS Campur Tangan Pilihan Raya Di Malaysia



Jika sebelum ini didedahkan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada dua orang pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, iaitu Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan George Soros, Pengerusi Soros Fund Management, sekarang didedahkan 18 pucuk surat lagi yang dihantar kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di AS.
18 pucuk surat-surat itu dihantar bertarikh 7 Mei 2007, 31 Mei 2007 dan 25 Julai 2007.
Kesemua surat tersebut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat menggunakan kepala surat Parti Keadilan Rakyat beralamat di ibu pejabat PKR Malaysia 110-3, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia dan dalam kepala surat itu turut tercatat pejabat Anwar Ibrahim di AS, 585 Grove St Suite, 135 Herndon, VA, 20170, USA.
Pemerintah autoritarian
Surat bertarikh 7 Mei 2007 dihantar kepada dua Senator, iaitu Senator Thomas Craig dan Senator Susan Collins serta dua ketua yayasan iaitu Mr. Vidar Helgesen (Secretary General, International IDEA) dan Richard W. Soudrìette (President/CEO IFES).
Surat-surat kepada senator berjumlah 3 halaman dan kepada ketua yayasan strategik berjumlah 2 halaman, namun secara keseluruhan isi kandungan keempat-empat surat itu hampir sama.
Dalam surat itu, Anwar melaporkan perkembangan politik di Malaysia yang didakwanya ‘kekurangan demokrasi’ yang diistilahkan sebagai diperintah oleh parti pemerintah ‘autoritarian’ yang telah berkuasa selama setengah abad.
Menurut wikipedia ‘autoritarian’ bermaksud pemerintahan kerajaan secara kuku besi atau diktator, sehinggakan rakyat diperhambakan kepada kerajaan serta mengenepikan hak-hak asasi individu.
Memburuk-burukkan Malaysia
Anwar memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh pertumbuhan ekonomi negara ini semakin merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang didakwanya berpunca dari penipuan, salah laku dan rasuah.
Di samping itu, beliau turut menuduh ketidakbebasan sistem media dan kehakiman Malaysia yang disifatkan sebagai sistem yang tunduk kepada hawa nafsu Perdana Menteri.
Lapornya lagi, masyarakat sivil juga tidak bebas, dakwanya disekat oleh undang-undang yang ketat.
Dalam surat itu juga, Anwar menghantar satu lampiran laporan bertajuk, “Sham Democracy” berkaitan laporan dakwaan-dakwaan kononnya berlaku penyelewengan pilihan raya di Malaysia.
Kepada ketua yayasan IFES dan IDEA yang terkenal dalam gerak kerja membiayai dan membangunkan demokrasi, masyarakat sivil dan sistem pilihan raya di seluruh dunia, Anwar memohon kepada mereka supaya turut serta membantu beliau di Malaysia.
Pertolongan Luar
Surat bertarikh 31 Mei 2007 dihantar kepada seorang speaker, 5 orang senator dan 7 orang ahli kongres A. Mereka adalah; Speaker Nancy Pelosi, Senator Joe Biden, Senator Barbara Boxer, Senator Bill Nelson, Senator Richard Lugar, Senator Lisa Murkowski, David Drier, Dana Rohrabacher, Donald A Manzullo, Gregory Meeks, Eni Fa’aua’a Hunkin Faieomavaega Jr, Tom Lantos dan Ileana Ros-Lehtine.
13 surat-surat di atas berjumlah 3 halaman, namun isi kandungannya hampir sama.
Dalam surat itu, dakwaan Anwar hampir sama dengan surat-surat sebelum ini iaitu menggambarkan Malaysia teruk dan memerlukan pertolongan luar untuk memulihkan demokrasi di negara ini.
Dakwanya walaupun dari jauh, Malaysia nampak seolah-olah sistem demokrasi berfungsi, pertumbuhan ekonomi, keharmonian etnik dan kaum dalam keadaan baik, namun dakwanya, jika diteliti secara mendalam, gambaran luaran itu tidak tepat.
Anwar mendakwa Malaysia mengalami peningkatan kadar pengangguran, inflasi dan penurunan pelaburan asing.
Justeru itu Anwar turut meminta para senator, kongres melobi pihak lain di AS untuk membantu usahanya di Malaysia bagi melakukan reformasi di Malaysia, menuntut pilihan raya bebas dan adil, jaminan penuh perlembagaan untuk kebebasan dan hak asasi manusia serta memulihkan sistem sosio-ekonomi yang adil dan saksama.
Reformasi
Manakala, surat bertarikh 25 Julai 2007 hanya dihantar kepada seorang individu iaitu bekas Presiden AS, Jimmy Carter (One Copenhìll).
Surat kepada Jimmy Carter berjumlah 2 halaman dan surat itu turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Dalam surat itu Anwar mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dalam menghadapi pilihan raya umum dan meminta bekas Presiden AS melalui yayasannya, Carter Center datang ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini.
Kesimpulannya, kesemua surat-surat di atas boleh difahami bermotifkan memburuk-buruk Malaysia untuk menagih simpati pihak luar campur tangan dalam pilihan raya di negara ini.
Kredit untuk AIDC di sini.
Surat bertarikh 7 Mei 2007












Surat bertarikh 31 Mei 2007















































Surat bertarikh 25 Julai 2007