Pengikut

Isnin, 6 Januari 2014

PEMANDU Sabotaj PM?



Semalam (6 Januari 2014), satu kesilapan besar telah dibuat di tweethandle @etp_roadmap iaitu dengan menulis Dato Seri Najib Razak sebagai "Former Prime Minister" pada jam 1.00 petang. 

Kesilapan yang amat memalukan bagi sebuah agensi (PEMANDU) yang cukup diharapkan untuk membawa harapan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia ke arah transformasi yang lebih baik dalam perlaksanaan dasar dasar kerajaan.

Baca detail laporan oleh blogger Angin Perubahan.

Agaknya geng PEMANDU ni makan gaji buta. Dah la gaji dikalangan mereka tinggi berganda-ganda. Bukan turun padang sangat pun untuk jenguk masalah rakyat sebenar. Kerja yang mereka tahu ialah buat makmal, makmal, makmal.

Ayam berak kapur buat makmal. Tiket bas hilang buat makmal. Duit hilang buat makmal. Kereta kena curi buat makmal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan