Pengikut

Ahad, 17 Februari 2013

Penyamun Zuhud?



Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.

Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?

Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka?


1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak  pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing  yang nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.

4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.
Asalnya, semua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak, selepas segala kayu kayannya diratah hingga botak licin, barulah lot-lot tanah berpindah milik kepada penama-penama di atas.

Kebetulannya, Pengerusi PKINK ataupun dikenali juga sebagai SEDC ini ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan tersebut digalas oleh Nik Aziz sejak 1990 hinggalah sekarang.

Menariknya, kesemua tanah yang menjadi milik Nik Aziz, Ab Halim serta anak isteri mereka itu, sehingga kini tidak pernah diisytiharkan sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (kelakuan & tatatertib) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10.

Ada sesuatu yang sengaja disembunyikan ke? Jika tidak begitu, apa yang sukarnya untuk membuat pengisytiharan rasmi?

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad sebelum ini pernah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu, namun tiada seorang pun pemimpin PAS negeri atau wakilnya yang menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Sebaliknya ada segelintir wakil rakyat PAS yang berang telah memarahi Pegawai Kerajaan Negeri kerana dituduh telah bersekongkol dengan UMNO  membocorkan maklumat sulit sedemikian.

Kenapa perlu marah-marah, jika segala urusan dilakukan secara telus tanpa sebarang penyelewengan, apa yang perlu dirisaukan, tak begitu?

Detail sini : MyKMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan