Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Huse ludah mukanya sendiri

KOTA BARU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan pada Selasa membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Datuk Husam Musa (PAS-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.
Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Husam juga berkata syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.
"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu. Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.
Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata jikaa Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.
Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.
Baca lagi di SINI
#Huse sekarang seperti cacing yang hidup dalam kepanasan. Setelah dirinya sendiri ditolak oleh Istana dan kepimpinan PAS Kelantan selepas PRU13, Huse dah betul-betul jadi kain buruk. Terbuang dan dihina. Jadi untuk bersihkan dirinya, Huse terpaksa ludah seluruh tubuh dirinya sendiri dan cuba untuk basuh kekotoran dirinya selama menjadi pentadbir di Kelantan bawah Nik Aziz dengan air liurnya sendiri. Huse dah jadi aye gila sakak, kata orang Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan