Menurut ulama PAS, derma mereka adalah untuk dana akhirat. Setiap kali ceramah, tabung dan plastik derma akan diedarkan bagi mengutip duit setiap yang datang. Ada yang bagi duit. Ada yang bagi barang kemas. Ada cincin, rantai, gelang atau subang, bergantung kepada kuatnya janji pahala dan syurga yang ditawarkan penceramah pada malam itu.
Banyak tu.
Macam-macam tabung ada. Janji duit masuk penuh.
Kemudian barulah kira
Biasanya pengumuman tentang jumlah yang berjaya dikumpul akan diumumkan oleh pengerusi diakhir ceramah.
Kadang mencecah puluhan ribu untuk satu malam. Bila dah dijanjikan syurga dan pahala, orang kampung mana yang tak nak.
Tapi sehingga kini, tidak ada walau seorang pun yang pernah bertanya ke mana duit berkenaan pergi atau digunakan. Malah duit-duit berkenaan tidak pernah diaudit pun.
Itu yang berlaku kepada mangsa tragedi Memali yang ditipu oleh pemimpin PAS Kedah yang setiap tahun buat kutipan tetapi duit kutipan derma itu tak pernah sampai kepada balu-balu dan anak yatim Memali berkenaan.
Pendedahan ini telahpun dibuat oleh orang kuat PAS sendiri, Cikgu Non aka CN Al-Afghani melalui buku dan ceramahnya. Baca di sini.
Tetapi tweet pelakon yang gopoh nak masuk sorga ni, Hairie Othman telah dedahkan bagaimana duit tu dibelanjakan. Rupanya buat bayar artis-artis kemaruk yang minat agama untuk datang ceramah bagi tarik orang datang.
50K untuk sekali ceramah? Confirm lepas ni berbondong-bondong artis kemaruk glamour dan lapar duit akan masuk PAS kerana bayar mahal yang mereka peroleh dengan hanya sekali ceramah walaupun berstatus jahil tukey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan