Pengikut

Rabu, 31 Julai 2013

Bila PAS nak pecat ahli Syiah mereka?

Kata Nik Amar, Timbalan MB Kelantan, PAS akan pecat mana-mana ahlinya yang terlibat dengan Syiah.

Pas Kelantan ambil tindakan pecat ahli terlibat sebar fahaman Syiah

KOTA BHARU 31 Julai - Pas Kelantan akan mengambil tindakan tegas dengan memecat mana-mana ahli parti itu sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam menyebar dan menganut fahaman Syiah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas memandang serius perkara tersebut dan tidak akan teragak-agak memecat mereka yang terlibat.

Baca selanjutnya di sini.


Nik Amar ni bertaqiyah ke atau betul-betul tak tahu bahawa dalam PAS Kelantan tu ramai geng Syiah? 

Jangan la tunjuk sifat munafik, buat-buat tak tahu dan ambik mudah demi untuk kepentingan politik.

Isu Syiah dalam PAS ni bukan setakat di Kedah atau Selangor/KL saja, tapi di Kelantan sendiri pun berlambak. Ramai tinggal di Pasir Puteh. Malah ada sumber menyebut dalam Urusetia Penerangan PAS Kelantan sendiri ada geng Syiah. Pusat Sumber mereka di Jalan Bayam yang hanya boleh dikunjungi oleh orang-orang tertentu sahaja. Mereka dapat dana khas dari Iran dalam bentuk buku/bahan bacaan dan duit.

Bila Nik Amar nak siasat dan pecat mereka ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan