Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

PAS Dah Sanggup Berketuakan Kapir Harbi


PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam

February 28, 2012
SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini. 
BACA PENUH DI SINI


Itu lah, bila dah terdesak, macam-macam mereka sanggup laksanakan. Tentu rakyat tak boleh lupa tentang Amanat Haji Hadi di Banggol Peradung, Kuala Terengganu 31 tahun lepas. Baca sini kalau dah lupa.


Sekarang amanat itu masih terpakai ke sejak PAS dah sanggup peluk-cium dengan DAP demi nak dapatkan kuasa? Bagaimana ahli PAS yang mati berkiblatkan amanat ini dan tak sempat bertaubat? Sembahyang dua imam. Sembelihan orang UMNO tak boleh makan. Kenduri orang UMNO haram pergi. Banyak lagi dosa PAS yang tidak pernah ditaubat oleh pemimpinnya sehingga kini.


Kemudian tarik balik hasrat penubuhan negara Islam dan tukar ke negara berkebajikan. Kemudian tarikh balik hasrat laksana hukum hudud. Semuanya dilakukan kerana nak dapat kuasa dan jaga hubungan dengan kapir harbi.


Sekarang jawatan dalam parti pun sanggup nak beri pada kapir harbi. Rasanya inilah tindakan paling sewel dan terdesak PAS. Begitu kemaruk nak kuasa dan takluk Putrajaya hingga sanggup gadai akidah dan maruah.


Elok ikut cakap Tun M, lantik saja Lim Kit Siang jadi Presiden atau Mursyidul AM PAS, selesai semua masalah orang PAS. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan