Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Nik Aziz Nak Jadi MB Sampai Ke Kubur


Nik Aziz dalam satu kenyataan beliau baru-baru menyatakan hasratnya untuk terus bertanding dalam PRU13 nanti atas alasan PAS Kelantan menghalang beliau daripada tidak bertanding dan mahu terus terlibat dalam politik Kelantan.

Beliau sekarang sudah berumur 81 tahun, 18 tahun lebih umur kewafatan Nabi Muhammad SAW. Telah menjadi MB Kelantan selama 22 tahun dan telah jadi wakil rakyat PAS sejak 45 tahun lepas. Beliau mula jadi wakil rakyat PAS sejak tahun 1967.

Tun Mahathir yang sebaya beliau juga dah lama letak jawatan walaupun masih sihat untuk terus berkuasa, tetapi nampaknya Nik Aziz masih kemaruk nak jadi MB walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak membantu dan sering sakit-sakit.

Nampaknya Nik Aziz nak bawa jawatannya itu sampai ke liang lahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan