Pengikut

Selasa, 17 April 2012

ADUN PAS Abai Keluarga

Tentu orang Semerak, Pasir Puteh menyesal tak sudah kerana silap pilih pemimpin. Mereka sangka, bila undi calon PAS ni tentu boleh tumpang, boleh bantu bawa mereka ke syurga, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.


Layakkah orang macam ni nak jadi pemimpin kalau keluarga sendiri pun tidak terpimpin? Isteri dan anak yang ada pun hanya dua bulan sekali balik jenguk, bagaimana dengan rakyat bawah jagaannya?


Ini bukan kes pertama melibatkan ADUN PAS di Kelantan. Sebelum ini skandal hampir serupa turut melibatkan ADUN Selising dan ADUN Perupok.


Isteri Muda ADUN PAS Mohon Cerai

KOTA BHARU: Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas) di kawasan Parlimen Pasir Puteh telah menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Menurut sumber, wanita yang berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya. 

“Isterinya yang bertugas sebagai penolong kanan di sebuah sekolah di sini telah menfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh. Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes tetapi malangnya ADUN terbabit tidak hadir dan gagal dihubungi. 

“Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. 

“ADUN ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi,” kata sumber terbabit ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini. 

Sementara itu, tinjauan detikperubahan.com di mahkamah di sini mendapati isteri ADUN terbabit hadir untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut bagaimanapun pulang hampa kerana suaminya tidak muncul. 

Isteri ADUN ininbagaimanapun enggan ditemubual dan tidak mahu gambarnya dirakamkan. 

Kata sumber itu, hasil perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata. 

“Beliau bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya. 

“ADUN terbabit memang tidak bersetuju dengan penceraian yang dituntut isterinya dan beliau berjanji akan berubah selepas pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Tambahnya, wanita berkenaan turut meluahkan isi hatinya yang dia tidak percaya lagi terhadap kata-kata suaminya itu yang dikatakan bijak menabur janji selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan