Pengikut

Khamis, 19 April 2012

Pendedahan 18 Surat Anwar Minta AS Campur Tangan Pilihan Raya Di Malaysia



Jika sebelum ini didedahkan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada dua orang pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, iaitu Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan George Soros, Pengerusi Soros Fund Management, sekarang didedahkan 18 pucuk surat lagi yang dihantar kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di AS.
18 pucuk surat-surat itu dihantar bertarikh 7 Mei 2007, 31 Mei 2007 dan 25 Julai 2007.
Kesemua surat tersebut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat menggunakan kepala surat Parti Keadilan Rakyat beralamat di ibu pejabat PKR Malaysia 110-3, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia dan dalam kepala surat itu turut tercatat pejabat Anwar Ibrahim di AS, 585 Grove St Suite, 135 Herndon, VA, 20170, USA.
Pemerintah autoritarian
Surat bertarikh 7 Mei 2007 dihantar kepada dua Senator, iaitu Senator Thomas Craig dan Senator Susan Collins serta dua ketua yayasan iaitu Mr. Vidar Helgesen (Secretary General, International IDEA) dan Richard W. Soudrìette (President/CEO IFES).
Surat-surat kepada senator berjumlah 3 halaman dan kepada ketua yayasan strategik berjumlah 2 halaman, namun secara keseluruhan isi kandungan keempat-empat surat itu hampir sama.
Dalam surat itu, Anwar melaporkan perkembangan politik di Malaysia yang didakwanya ‘kekurangan demokrasi’ yang diistilahkan sebagai diperintah oleh parti pemerintah ‘autoritarian’ yang telah berkuasa selama setengah abad.
Menurut wikipedia ‘autoritarian’ bermaksud pemerintahan kerajaan secara kuku besi atau diktator, sehinggakan rakyat diperhambakan kepada kerajaan serta mengenepikan hak-hak asasi individu.
Memburuk-burukkan Malaysia
Anwar memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh pertumbuhan ekonomi negara ini semakin merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang didakwanya berpunca dari penipuan, salah laku dan rasuah.
Di samping itu, beliau turut menuduh ketidakbebasan sistem media dan kehakiman Malaysia yang disifatkan sebagai sistem yang tunduk kepada hawa nafsu Perdana Menteri.
Lapornya lagi, masyarakat sivil juga tidak bebas, dakwanya disekat oleh undang-undang yang ketat.
Dalam surat itu juga, Anwar menghantar satu lampiran laporan bertajuk, “Sham Democracy” berkaitan laporan dakwaan-dakwaan kononnya berlaku penyelewengan pilihan raya di Malaysia.
Kepada ketua yayasan IFES dan IDEA yang terkenal dalam gerak kerja membiayai dan membangunkan demokrasi, masyarakat sivil dan sistem pilihan raya di seluruh dunia, Anwar memohon kepada mereka supaya turut serta membantu beliau di Malaysia.
Pertolongan Luar
Surat bertarikh 31 Mei 2007 dihantar kepada seorang speaker, 5 orang senator dan 7 orang ahli kongres A. Mereka adalah; Speaker Nancy Pelosi, Senator Joe Biden, Senator Barbara Boxer, Senator Bill Nelson, Senator Richard Lugar, Senator Lisa Murkowski, David Drier, Dana Rohrabacher, Donald A Manzullo, Gregory Meeks, Eni Fa’aua’a Hunkin Faieomavaega Jr, Tom Lantos dan Ileana Ros-Lehtine.
13 surat-surat di atas berjumlah 3 halaman, namun isi kandungannya hampir sama.
Dalam surat itu, dakwaan Anwar hampir sama dengan surat-surat sebelum ini iaitu menggambarkan Malaysia teruk dan memerlukan pertolongan luar untuk memulihkan demokrasi di negara ini.
Dakwanya walaupun dari jauh, Malaysia nampak seolah-olah sistem demokrasi berfungsi, pertumbuhan ekonomi, keharmonian etnik dan kaum dalam keadaan baik, namun dakwanya, jika diteliti secara mendalam, gambaran luaran itu tidak tepat.
Anwar mendakwa Malaysia mengalami peningkatan kadar pengangguran, inflasi dan penurunan pelaburan asing.
Justeru itu Anwar turut meminta para senator, kongres melobi pihak lain di AS untuk membantu usahanya di Malaysia bagi melakukan reformasi di Malaysia, menuntut pilihan raya bebas dan adil, jaminan penuh perlembagaan untuk kebebasan dan hak asasi manusia serta memulihkan sistem sosio-ekonomi yang adil dan saksama.
Reformasi
Manakala, surat bertarikh 25 Julai 2007 hanya dihantar kepada seorang individu iaitu bekas Presiden AS, Jimmy Carter (One Copenhìll).
Surat kepada Jimmy Carter berjumlah 2 halaman dan surat itu turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Dalam surat itu Anwar mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dalam menghadapi pilihan raya umum dan meminta bekas Presiden AS melalui yayasannya, Carter Center datang ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini.
Kesimpulannya, kesemua surat-surat di atas boleh difahami bermotifkan memburuk-buruk Malaysia untuk menagih simpati pihak luar campur tangan dalam pilihan raya di negara ini.
Kredit untuk AIDC di sini.
Surat bertarikh 7 Mei 2007












Surat bertarikh 31 Mei 2007















































Surat bertarikh 25 Julai 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan