Ramai orang berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai
sudah tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful
Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat
demikian.
Kata sumber rapat dengannya, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar.
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang. Dia akan
simpan isu itu sampai betul-betul menggunung. Beberapa hari sebelum pilihanraya
umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah lah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika
itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi
atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah
serta Nurul Izzah akan pakat-pakat secara berjemaah berlakon menitiskan air
mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan
pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu
sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13
untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis
lawannya.
Tapi demi nak jadi PM, Anwar akan buat apa saja.
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu
masa dahulu amat rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya,
paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu
memberikan peringatan, bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk
menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan
anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat
Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui
satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful
sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun
berlaku sekarang.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia
akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru
tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya. SELEPAS ITU, DIA
AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin
berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan
apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam
kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan
bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul
Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat
dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas
Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman
sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas
kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan
tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa
yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tuuuu dia, Anwar Ibrahim dah
bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper
pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh
serta UMNgok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari
mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli
jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak
mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am
berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam
berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH
SEBENARNYA.”
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang
keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan
bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut
kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh
pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan
bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan kita mengenai dakwaan Tan
Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar
rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar
bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam
jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak
pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video/gambar lakonan yang dia telah berbaik
dengan emaknya. Sedangkan video/gambar tersebut telah diambil ketika Mak Tom
pengsan dan tidak sedarkan diri. Ini telah berlaku baru-baru ini sewaktu Mak
Tom masuk hospital. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil
gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah
balik sebenarnya.
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk
supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima
Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba
memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya
dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang
Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal.
Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM
terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk,
sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan
bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat,
wang negara.
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang
itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin
(KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna
kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ
kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU
nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli
Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas,
bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP,
PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah
min zalik).
Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan