Pengikut

Ahad, 9 September 2012

SUARAM sah terima dana Yahudi untuk jatuhkan kerajaan


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros dipercayai penyumbang dana terbesar Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Dana berkenaan disalurkan kepada SUARAM bagi membiayai operasinya melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang kini dikenal pasti melakukan lima kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mempunyai bukti berdasarkan dokumen serta perjanjian kedua-dua pihak.
Dana terbesar SUARAM
“Kita masih di peringkat awal siasatan. Namun kita dapati, NGO terbabit salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar SUARAM.
“Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan emel (antara kedua-dua pihak),” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rasah, di Politeknik Nilai di sini semalam.
Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu Open Society Institute, di New York; National Endowment for Democracy, di Washington, Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.
Pemeriksaan di laman web menunjukkan Open Society Institute New York adalah salah satu pejabat Yayasan Open Society yang diasaskan Soros untuk mentadbir program NGO berkenaan termasuk Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.
Sokong usaha masyarakat sivil
Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara digambarkan secara ringkas dalam laman web itu untuk menyokong usaha masyarakat sivil memperjuangkan kebebasan bersuara, memastikan akauntabiliti dan keadilan kerajaan, selain memberi kuasa kepada kumpulan terpinggir menggunakan hak mereka.
Seorang penulis bebas Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal, Kanada, dalam blognya, nilebowie.blogspot.com, pada 29 April lalu, menulis Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga, mengaku menerima dana daripada Open Society Institute.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menggesa Bank Negara menyiasat perkara itu mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA) serta mengambil tindakan kerana kemasukan wang yang meragukan.
“SSM boleh menyiasat tapi tidak boleh mengambil sebarang tindakan. Kita minta Bank Negara campur tangan,” katanya.
Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan status SUARAM yang dipercayai pertubuhan haram kerana dimaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar

Rentetan carian Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendapati SUARAM bukan NGO sah tetapi berdaftar atas nama syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd berikut didedahkan sumber-sumber dana yang disalurkan oleh sebuah badan dana Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) kepada SUARAM di Malaysia sejak dari tahun 2005.
Bukti-bukti yang dipaparkan di bawah ini adalah berdasarkan sumber dari laman NED sendiri yang memaparkan penerima-penerima sumbangan dari badan mereka khusus untuk negara Malaysia.
NED ’2005 annual-reports grants/malaysia’ melaporkan selain SUARAM yang menerima grant sebanyak $70,000, terdapat 5 badan lain yang turut beroperasi di Malaysia.

Badan-badan itu adalah IRI (International Republican Institute), $200,000; NDI (National Democratic Institute for International Affairs) $315,832; SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) $80,000*; CIJ (Centre for Independent Journalism) $30,000* dan ODC (Open Dialogue Centre) $65,151*.
IRI dan NDI adalah 2 cabang NED yang beroperasi di seluruh dunia, tetapi dalam konteks ini kedua-dua badan itu mengkhususkan operasi di Malaysia, SEAPA untuk naungan media di peringkat Asia Tenggara termasuk di Malaysia, manakala SUARAM, CIJ dan ODC adalah badan-badan yang ditubuhkan khusus untuk operasi di Malaysia.
Satu fakta yang penting perlu diketengahkan adalah ODC merupakan sebuah badan pemikir yang disebut-sebut milik Azmin Ali bagi menyaingi Khalid Jaafar yang memegang badan pemikir IKD (Institut Kajian Dasar).
Badan pemikir IKD adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menetap di AS dengan jawatan rasmi sebagai pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins AS.
Jawatan pensyarah di universiti itu diketahui umum dilobi kepada Anwar oleh rakan baiknya, Paul Wolfowitz.
Namun seorang penyelidik Barat yang berpangkalan di Thailand, Tonny Cartalucci mendedahkan jawatan ‘tidak rasmi’ Anwar ketika berada di AS iaitu sebagai, “ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED“.
Pendedahan wartawan Barat itu dibuat dalam rencananya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” dan “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets“.
Bermakna besar kemungkinan, siapa yang perlu menerima dana NED di Malaysia ditentukan oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan tokoh rujukan NED di AS.
Dalam masa sama wartawan Barat itu menggambarkan jawatan pensyarah pelawat yang disandang Anwar di Universiti John Hopkins ‘latihan pengkaderan’ kerana menurutnya, “John Hopkins University adalah sebuah lubuk di mana anasir dan puppet@petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh”.

NED ‘2006 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $70,000*, selain itu SEAPA $100,000*, ODC $70,000* dan CIJ $30,000*
Manakala NDI $125,000 dan IRI mendapat grant dua kali iaitu $140,000 dan $198,050. Semua grant IRI dan NDI seperti yang tercatat dalam laporan tahun 2006 itu hanya khusus untuk operasi di Malaysia sahaja.
Bajet-bajet IRI dan NDI untuk negara-negara lain diberikan mengikut peruntutan tahunan negara masing-masing.
NED ‘2007 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat grant sebanyak $80,000*, SEAPA $100,000*, CIJ $15,000*, IRI $400,000 dan NDI $175,000.
Ketika ini sudah tidak ada lagi grant untuk ODC dan kemungkinan besar dengan tiada peruntukan bajet tahunan itu operasi ODC ditutup.
CIJ adalah berkaitan dengan pembangunan media di Malaysia.
Ia diusahakan oleh Sonia Randhawa, salah seorang daripada 4 individu yang dipercayai Anwar Ibrahimsebagaimana yang terkandung dalam kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform(INDEFOR)” yang dijumpai di pejabat PKR.
Dalam kertas kerja itu Sonia Randhawa digambarkan sebagai Pengarah Eksekutif CIJ. Dia dari luar negara yang terlibat sebagai jurucakap dan pelatih untuk kebebasan media, kebebasan maklumat dan kebebasan berhimpun di Malaysia.
Dia juga pernah membangunkan Radiq Radio, iaitu satu projek radio internet yang dibangunkan pada tahun 2001 hingga 2004 dan menjadi pensyarah sambilan di Universiti Monash dan New Era College.
NED ‘2008 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet tahunan sebanyak $80,000 *, IRI $400,000, NDI $310,000 dan SEAPA $73,333.
Satu lagi badan khusus untuk pembangunan media di Malaysia yang dinamakan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) turut diberi bajet $100,000*.
Konsep Seacem hampir sama dengan SEAPA. Berkemungkinan besar pembahagian dana SEAPA untuk pembangunan media ke negara-negara Asia Tenggara khususnya di Malaysia menghadapi beberapa masalah teknikal, maka ditubuhkan Seacem.
Perlu disebut juga tentang Malaysiakini yang dilaporkan wiki/Malaysiakini.com yang menyebut pada awal penubuhannya sekitar April 1999 mendapat dana dari SEAPA sebanyak AS$100,000.
“Kemudian SEAPA memberi geran AS$100,000 (kepada Malaysiakini). Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya”, lapornya.
Bermakna boleh diandaikan sebelum ini bajet Malaysiakini berselindung di sebalik SEAPA dari awal penubuhan 1999 hingga 2008.
Selain itu, Singapore ST, 3 Mac 2001 melaporkan Malaysiakini turut mendapat bajet dari yayasan Georfe Soros.
“Bekas editor berita (Malaysiakini) Chong Yen Long mendakwa bahawa Ketua Eksekutif portal itu, Pramesh Chandran semasa mesyuarat syarikat pada 17 Februari 2001, mendedahkan bahawa Malaysiakini menerima sebanyak RM188, 000 ($ 85,000) daripada Media Development Loan Fund (MDLF), yang dipercayai dibiayai oleh pembiaya AS, Soros,” lapornya.
NED ‘2009 annual report grants/malaysia‘ melaporkan SUARAM mendapat bajet sebanyak $85,000, IRI $400,000 dan NDI $322,500.
Untuk tahun itu tiada lagi bajet untuk Seacem, SEAPA dan CIJ untuk operasi media di Malaysia dan peranannya diganti dengan bajet khusus untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd (Malaysiakini) yang mendapat bajet $100,000.
Kelulusan bajet untuk Malaysiakini mulai 2009 dan sebelum ini mungkin berselindung di sebalik SEAPA, Seacem, CIJ atau SUARAM menjustifikasikan kenapa Pramesh Chandran, Ketua Eksekutif portal itu merupakan salah seorang tenaga penting SUARAM.
Daripada laporan tahunan NED di atas SUARAM konsisten mendapat bajet tahunan antara $70,000 hingga $85,000 daripada tahun 2005 hingga 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan