Pengikut

Ahad, 15 Januari 2012

Tragedi 901

Ramai orang suka pada nombor. Nombor bagi orang biasa-biasa, hanyalah sekadar nombor dan tidak membawa makna apa-apa. Tetapi angka ini nampaknya mempunyai maknanya yang tersendiri dalam sesebuah gerakan massa.

Memberi jenama, nombor atau apa saja, bukan benda baru dalam gerakan massa diseluruh dunia. Apatah lagi jika mendapat tajaan khas daripada pihak-pihak tertentu.

Kejatuhan beberapa buah kerajaan di Timur Afrika bukan berlaku secara kebetulan, melainkan ia sudahpun melalui proses gerakan tajaan yang telahpun digerakkan lebih awal dari itu.

Tinggal lagi ialah menggunakan kesempatan yang boleh diambil di atas apa yang berlaku di dalam masyarakat berkenaan waktu itu.

Misalnya peristiwa Mohammad Bouzizi membakar dirinya kerana protes kepada pihak berkuasa di Tunisia, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Zine al-Abidine Ben Ali.

Lama sebelum Bouzizi membakar diri, kumpulan-kumpulan kecil yang menamakan diri mereka dengan ungkapan 'jingga', 'merpati', 'baju kuning', 'baju merah', dan banyak lagi muncul bersilih ganti.

Kemunculan gerakan-gerakan atau kumpulan-kumpulan penggerak/penghasut ini sudah tentu mempunyai 'godfather'nya yang tersendiri.

Di Malaysia, walaupun sangat tidak mendapat sambutan, namun dari aspek untuk mengkelaskan diri mereka, kumpulan-kumpulan seperti ini juga wujud dan muncul. Yang terbaru ialah 'Jingga 13'.

Bagi orang biasa, warna dan angka tidak memberi apa-apa makna. Tapi bagi mereka penggerak utama gerakan ini, sudah tentu ia mempunyai maknanya yang tersendiri. Dan makna itu sudah tentu tidak dapat lari daripada dinisbahkan dengan 'godfather'nya.

Siapa 'godfather' mereka ini? Tidak dapat dinafi, sudah tentu ia adalah kelompok pembiaya yang bertangunggjawab menyalurkan sumber kewangan kepada aktiviti pergerakan mereka.

Dalam sejarah penaja pembiayaan gerakan massa diseluruh dunia sudah tentu kita sukar untuk menafikan penglibatan National Endowment For Democracy (NED) yang merupakan cabang pelaburan gerakan CIA diseluruh dunia untuk menyusup masuk atau meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Kita percaya apa yang berlaku disekitar kawasan Mahkamah Jalan Duta sewaktu hari jatuh hukum ke atas Anwar Ibrahim dengan disertai beberapa siri letupan bom itu adalah tanda-tanda awal ke arah sebuah gerakan massa yang besar untuk terus turun protes ke jalan raya.

Tapi nampaknya keputusan hakim yang membebaskan Anwar dari kes berkenaan pada pagi itu menjadikan perancangan itu berada dalam keadaan anti-klimak.

Kita juga percaya disebalik orang bodoh ada ramai lagi orang cerdik yang tidak mahu bertindak seperti orang bodoh hanya kerana masalah peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan