Selepas Hassan Ali di Selangor, mungkinkah MB Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama dipecat daripada PAS? Ini berikutan tindakan Azizan Razak yang mempertahankan tindakan berasaskan AUKU ke atas 5 pelajar KUIN dikecam oleh rakan pakatan mereka.
Malaysiakini dalam laporannya menyebut, "Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard.
Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah yang diambil oleh MB Kedah itu.
AUKU merupakan antara senjata lama oleh pembangkang terutamanya PAS untuk menghentam kerajaan. Diperkenalkan sejak tahun 1971 dan telah dipinda beberapa kali, adalah akta atau peraturan yang dibuat khas untuk mahasiswa untuk tujuan membetulkan matlamat dan hala tuju seorang mahasiswa.
AUKU bukan sengaja diperkenalkan untuk menyekat kegiatan pelajar sebaliknya adalah bertujuan untuk membendung kegiatan subversif yang ditimbulkan oleh segelintir daripada mereka itu.
Tindakan MB Kedah mempertahan AUKU melalui tindakannya itu dilihat berlawanan dengan kandungan Buku Jingga yang telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
Nampaknya PAS betul-betul sudah jadi kuda tunggangan DAP dan PKR. Semua benda yang nak buat kena minta restu dulu daripada godfather mereka dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan