1) Isu ini perlu dijelaskan kepada rakyat Kelantan kerana projek ini telah diisthiharkan kepada rakyat bahawa Projek Lebuhraya ini adalah projek wakaf. Maka dalam urusan wakaf perlu penjelasan lanjut mengenai segala terma dan perjanjian dengan syarikat kontraktor supaya tidak menimbulkan syak wasangka rakyat Kelantan.
2.Jika Hasil Balak di tapak bina akan digunakan untuk membiayai Pakej 1 Lebuhraya KB-KK, bagaimana pula dengan Pakej dua dimana seperti yang diketahui kesemua kawasan terlibat seperti di Pasir Hor, Kadok, Kok Lanas dan Ketereh tidak mempunyai hasil balak. Kesemua kawasan tersebut adalah kawasan Padi dan kos pengambilan tanah ini mungkin lebih besar dari Pakej 1 kerana ia melibatkan lebih banyak tanah tanah milik inidividu.
3. Persoalan kenapa lebuh raya Pakej 1 bermula dari belakang iaitu dari Dusun Damar, Kuala Krai juga perlu penjelasan lanjut. Adakah kawasan tersebut mempunyai sumber balak?. Alasan kerajaan negeri bahawa ia bermula dari situ kerana disitu adalah tanah kerajaan adalah sesuatu yg tidak kukuh, kerana sepanjang jajaran 43km lebuh raya tersebut sudah tentu juga melibatkan tanah-tanah milik individu dan apakah status pengambilan tanah-tanah ini. Jika dimulakan dari Pasir Hor keadaan akan lebih mudah kerana kerja tanah (earthworks) tidaklah sesukar mana dan tidak memerlukan belanja tinggi.
4. Rakyat berpendapat Kerajaan Negeri perlu mendedahkan Laporan EIA mengenai kesan Pembinaan Lebuhraya yang mungkin sudah diserahkan pada Jabatan Alam Sekitar dalam mematuhi keperluan dibawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar(Penilaian Terhadap Kesan Alam Sekeliling) 1987. Dalam pemurnian niat kerajaan negeri untuk menjadikan projek lebuhraya KB-KK ini sebagai Projek Wakaf Rakyat maka rakyat perlu dimaklumkan sepenuhnya mengenai sejauh mana perancangan terhadap Lebuhraya ini supaya ianya tidak dianggap sebagai projek yang hanya diumumkan untuk meraih keuntungan politik semata mata,ini kerana projek ini melibatkan penerokaan hutan yang agak besar bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya tersebut.
Jika sebelum ini syarikat RAHMAT DHUHA SDN BHD boleh menghantar Laporan EIA bagi projek menanam semula sawit di kawasan Mukim Kuala Pergau, Daerah Dabong Kelantan untuk penerokaan kawasan hutan seluas 2946 ekar, maka tiada sebab untuk projek Kerajaan negeri yang bernilai berbillion ringgit melalui Baldah Toyyibah Sdn. Bhd ini tidak boleh mendedahkan laporan EIA tersebut. Jika laporan tersebut masih lagi belum dibuat maka nyatalah ia adalah satu projek yang diumum secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti.
5. Apabila lebuhraya KB-KK siap maka jalan KB-KK sedia ada mungkin tidak menjadi pilihan utama pengguna. Justeru itu Rakyat berpendapat Kerajaan negeri perlu membentangkan satu pelan komprehensif kepada rakyat Kelantan mengenai bagaimana kerajaan negeri akan mengekalkan kegiatan ekonomi di dalam Bandar Kuala Krai, Machang, Kok Lanas dan Ketereh supaya Bandar-bandar ini tidak mengalami status “bandar mati” .
6. Kerajaan Negeri perlu menjelaskan kepada rakyat, mengikut kreteria apa syarikat Menta Construction Sdn Bhd dipilih, Jika ianya dipilih melalui kaedah selective tender sila umumkan syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam tawaran Lebuhraya WAKAF ini.
7. Memandang kerajaan PAS Negeri Kelantan menyarankan supaya Rakyat secara jujur dan ikhlas menderma wang ringgit atau peralatan pembinaan seperti pasir, batu kuari dan sebagainya sebagai kaedah mengurangkan kos serta memperkenalkan konsep gotong royong, Rakyat juga menuntut agar semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan semua ADUN juga melaksanakan pemotongan Gaji, Elaun dan Imbuhan yang dinikmati oleh mereka dai awal pembinaan Lebuhraya KB-KK sehingga lebuhraya ini disiapkan.
8. Kerajaan Negeri perlu jelaskan pada rakyat unjuran Kos Penyelengaraan Lebuhraya Wakaf ini apabila siap nanti dan apakah dana penyelenggaran Lebuhraya ini akan dikutip juga melalui kaedah derma?
Kredit untuk blog Angin Perubahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan