Pengikut

Rabu, 24 April 2013

PUKULAN MAUT UNTUK PAS OLEH PENGIKUT SYIAHNYA


Hadi Jangan Jadi Bodoh, Nik Aziz dan Karl Marx Sama Sahaja 


Pemimpin mahasiswa tajaan Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam Hadi Awang sebagai tidak faham perjuangan komunis dan sosialis. Bagi kumpulan KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI) meletak gambar Karl Marx dalam bilik gerakan sama seperti penyokong Pas meletakkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bilik gerakan mereka.

KENYATAAN MEDIA KAMI : HADI JANGAN JADI MACAM MAHATHIR

1. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.

2. Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.

3. Sekiranya ada calon yang menjadi ‘pengedar dadah’, buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.

4. Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa ‘tiada paksaan dalam beragama’ malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.

5. Berkenaan dengan isu gambar Karl Marx, Stanlin dan Lenin di dalam bilik gerakan, kami tidak rasa ada sebarang masalah kerana kesemuanya merupakan tokoh dalam perjuangan menegakkan negara yang berlandas kebajikan sosial.

6. Tindakan ini sama sahaja seperti menggantung gambar Tuan Guru Nik Aziz dalam bilik gerakan, apa bezanya?

7. Kalau pun ada calon yang menganut fahaman komunis, Hadi sepatutnya rasa ‘bangga’ kerana Islam sendiri meletakkan kesamarataan dan keadilan di tempat yang tinggi. Mungkin Hadi patut buka sejarah semula mengenai gerakan komunis di malaysia dalam usaha kemerdekaan negara.

9. Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut ‘Afala Taqqilun’ (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan ‘afala tatafakkarun’ (tidakkah kamu berfikir?)

10. Jika perkara ini terjadi, memang sah Malaysia tidak akan ubah seperti zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad bila mana rakyat dikekang daripada berfikir dan bercakap sehingga wujud budaya takut atau ‘culture of fear’ sehingga tercipta istilah Mahathirisme.

11. Kami mohon supaya Hadi menarik balik kenyataannya sebelum terlambat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

KHALID ISMATH,
PRESIDEN,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)


#Kalaulah pemimpin PAS tak sedar diri lagi memang terbuktilah bahawa Allah telah tutup pintu hati mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan