Pengikut

Khamis, 11 April 2013

PANAS!!! Tok Guru Hadi benar aib pemimpinnya



Selepas keluar video panas melibatkan pemimpin yang mirip SU Agung PAS di sini, pemimpin-pemimpin PAS yang lain terus senyap sunyi sampai sekarang. Takde sidang akhbar, takde penafian, takde laporan polis dan sebagainya. Baik Tok Guru Pok Nik, ataupun Tok Guru Hadi ataupun Cikgu Pa sendiri. 

Mungkin tak apa bagi mereka kerana kita jangan lupa Tok Guru Hadi pernah keluarkan fatwa katanya, Islam benar aibkan pemimpinnya.



Rakyat pun tak tahu penyebaran video ni permainan siapa. Ada yang kata ini kerja AMK PKR walaupun pengikut tegar mereka awal-awal lagi tuduh ni kerja UMNO.

Dan kita jangan lupa, yang ditangkap waktu mengedarkan video ni ialah 2 orang ahli AMK PKR Terengganu. Lihat sini

Tapi rakyat tak akan lupa bahawa Cikgu Pa antara watak yang paling dibenci kebanyakan pemimpin PKR terutamanya kem Anwar dan Azmin, kerana Cikgu Pa dikatakan menjadi halangan kepada banyak perancangan mereka. Cikgu Pa ialah penghalang utama projek 16 September Anwar yang gagal dulu. Cikgu Pa juga antara pemain utama projek Kerajaan Perpaduan yang cukup dimarah oleh Anwar & geng.



Cikgu Pa juga antara pemimpin pembangkang yang tidak memihak kepada Anwar bila video chinadoll nya keluar dipasaran dulu. Kemudian kita juga tahu bahawa Cikgu Pa juga antara tukang catur utama kepada perebutan kerusi pembangkang di Terengganu terutamanya dan juga kerusi-kerusi lain diseluruh negara untuk PRU13 ini. 

Itulah sebabnya barangkali keluarnya video Cikgu Pa ni.

Isu video itu satu hal. Tapi yang paling utama ialah tentang kejahatan akhlak para pemimpin pembangkang ini apatah lagi yang berjuang menggunakan jenama agama, isu ini sudah tentu hukuman pancung dan bala besar untuk mereka semua.



Lihat ulasan panjang Unspinners melibatkan moral mereka di sini

Kalau video Anwar dulu PAS terutamanya Tok Guru Hadi tolak atas alasan besi, besi, besi dan tak boleh dipercayai, adakah dengan video Cikgu Pa ini beliau juga akan guna alasan yang sama?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan